Friday, April 26, 2024
24.7 C
Brunei

    -

    Mawar metaverse: Teknologi maya yang dipamerkan di CES

    LAS VEGAS, 8 JAN – Teknologi hebat yang boleh membuatkan kehidupan lebih baik, sama ada membantu orang merawat demensia atau belajar mengemudi jet tempur, adalah masa depan metaverse, kata syarikat baharu realiti maya.

    Beberapa orang usahawan di pesta alat tahunan CES yang berakhir hari ini di Las Vegas bersemangat untuk menggabungkan dunia realiti dan maya untuk membantu orang ramai untuk berhenti dan menghidu bunga-bunga ros.

    Syarikat OVR Innovation telah membuat aksesori untuk peranti set kepala VR yang membawa para pengguna di sekeliling unggun api palsu untuk menghidu bau asap dan marshmallow bakar.

    Bau adalah penting kepada metaverse, kata Timbalan Presiden OVR, Sarah Socia, kerana ia “satu-satunya deria yang terus terkait dengan sistem otot anggota badan, satu bahagian dari kawasan otak yang penting untuk memori dan emosi.”

    Syarikat baharu yang berpangkalan di Vermont juga menampilkan prototaip peranti lain yang boleh memuatkan katrij wangian yang dicipta oleh pengguna melalui aplikasi mudah alih.

    Aromajoin, syarikat “teknologi wangian digital” Jepun, juga bertaruh bahawa metaverse akan menjadi tumpuan bau-bauan.

    “Ia seperti sebelum kewujudan telefon pintar, kita tidak tahu betapa besarnya peranannya yang akan dimainkan dalam hidup kita,” kata Seon Hoon Cho dari Aromajoin mengenai wangian dunia alam maya.

    Apabila Facebook menukar tajuk korporatnya kepada Meta pada penghujung 2021, ia menaruh keyakinan terhadap metaverse untuk menjadi pusat kehidupan dalam talian, dan syarikat itu akan terus melabur pada masa depan walaupun mendapat keuntungan yang merugikan. “Metaverse hari ini berkemungkinan besar akan disambut dengan pelbagai keraguan,” kata Steve Koenig, timbalan presiden di Persatuan Teknologi Pengguna (CTA), yang menganjurkan CES. – AFP

    Seorang peserta mencuba ION 3, Teknologi OVR, teknologi wangian mudah pakai yang menghasilkan bau penghiduan yang berkait dengan item yang berinteraksi dengan pengguna dalam persekitaran VR dan AR, semasa Pameran Elektronik Pengguna (CES) di Las Vegas, Nevada, pada 6 Januari. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...