Friday, April 26, 2024
29.2 C
Brunei

    -

    Menara Amazon berbentuk heliks diluluskan

    FALLS CHURCH, 24 APRIL – Lembaga Wilayah Arlington meluluskan sebulat suara rancangan Amazon untuk membina sebuah menara unik berbentuk heliks untuk dijadikan ibu pejabat keduanya di utara Virginia.

    Amazon mengumumkan rancangan itu pada Februari 2021 untuk pembinaan menara setinggi 350 kaki untuk menempatkan fasa kedua pelan pembangunan semulanya. Menara pejabat baharu itu akan menyokong ibu pejabat kedua untuk Amazon yang dijangka mengalu-alukan lebih 25,000 pekerja apabila siap.

    Heliks adalah satu daripada beberapa menara pejabat yang diberikan kelulusan. Reka bentuk lingkaran itu memaparkan tanjakan yang mengelilingi bangunan dengan pokok-pokok dan tumbuhan hijau ditanam untuk menyerupai lorong ‘hiking’ di kawasan gunung.

    Amazon berkata bangunan itu direka untuk membantu orang berhubung dengan alam semula jadi, dan pendakian bukit akan dibuka kepada orang awam pada hujung minggu.

    Semalam, Lembaga Daerah mengundi 5-0 untuk meluluskan pelan itu. Projek juga termasuk ruang taman dan akan menempatkan sebuah sekolah tinggi komuniti selain kedai runcit satu tingkat.

    Disebabkan bangunan pencakar langit diharamkan di Daerah Columbia, dan bangunan Amazon akan menjadi antara yang tertinggi di wilayah Arlington, menara heliks akan mendominasi latar langit rantau di samping bangunan Washington Monument. – AP

    Gambar artis serahan Amazon menunjukkan fasa pembangunan semula ibu pejabat syarikat yang dibina di Arlington. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...