Friday, April 26, 2024
24.7 C
Brunei

    -

    Menteri Afghan: Dron AS masuk Afghanistan dari Pakistan

    KABUL, 28 OGOS – Menteri Pertahanan Afghanistan, Mohammad Yaqoob Mujahid menuduh Pakistan hari ini menyediakan ruang udara untuk dron AS memasuki negaranya, menyifatkan pencerobohan itu sebagai ‘pencerobohan’ berterusan Washington.

    Komen Mujahid dibuat kurang sebulan selepas Presiden AS Joe Biden mengumumkan pembunuhan ketua Al-Qaeda Ayman al-Zawahiri dalam serangan dron di Kabul.

    Dron AS terus dilihat terbang di ruang udara Kabul sehingga kini, kata Mujahid.

    “Maklumat kami menunjukkan bahawa mereka (dron AS) memasuki Afghanistan dari Pakistan, menggunakan ruang udara Pakistan,” kata Mujahid kepada pemberita ketika ditanya dari mana datangnya dron tersebut.

    “Kami menuntut agar Pakistan tidak membenarkan ruang udaranya digunakan ke atas kami.” – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...