Friday, April 26, 2024
24.7 C
Brunei

    -

    Menteri Belia dan Sukan hormati keputusan Cheng Hoe

    SEPANG, 4 JAN – “Saya hormati keputusan Tan Cheng Hoe kerana saya pasti beliau telah bincangkan perkara ini bersama barisan kepimpinan FAM (Persatuan Bola sepak Malaysia)”.

    Itu pandangan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berhubung keputusan Cheng Hoe yang merupakan Ketua Jurulatih Skuad Harimau Malaya melepaskan jawatan semalam, selepas empat tahun menggalas tanggungjawab itu sejak dilantik pada Disember 2017.

    Tanpa mahu mengulas panjang, Ahmad Faizal bagaimanapun menyifatkan Cheng Hoe sebagai tokoh bola sepak tersohor serta berpengalaman luas susulan pelbagai kejayaan ditempa jurulatih kelahiran Kedah itu.

    “Apa yang saya harapkan semoga beliau terus menyumbang dalam arena bola sepak negara,” katanya selepas majlis penerimaan sumbangan program Sukarelawan Pasca Banjir Kementerian Belia dan Sukan (KBS) di sini hari ini.

    Ketika mengulas mengenai peletakan jawatannya semalam, Cheng Hoe berkata keputusan itu terpaksa dibuat bagi memberi laluan kepada individu yang lebih arif untuk membawa skuad kebangsaan ke satu tahap lebih baik.

    Ditanya mengenai calon pengganti jurulatih pasukan bola sepak negara, Ahmad Faizal berpandangan tahap disiplin dan kesihatan pemain skuad Harimau Malaya perlu dipertingkatkan terlebih dahulu bagi memastikan arena bola sepak dapat menjulang kembali nama Malaysia di peringkat antarabangsa.

    “Kita boleh ambil jurulatih paling hebat dalam dunia tetapi kalau pemain tidak berlatih bersungguh-sungguh, tidak jaga kesihatan dan berdisiplin, ini tidak menjadi juga,” katanya. – Bernama

    Tan Cheng Hoe ketika ditemu ramah bersama media sebelum berlepas ke Singapura untuk menyertai Kejuaraan Piala AFF 2020. Kini beliau melepaskan jawatannya sebagai Ketua Jurulatih Harimau Malaya kelmarin. – Bernama
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...