Friday, April 26, 2024
25.5 C
Brunei

    -

    ‘Mereka juga manusia’

    DOHA, 18 NOV – Pemain Australia, Awer Mabil berkata skuad Perancis juga hanyalah manusia, semasa pasukan underdog itu sedang bersedia menggalas tugas menggerunkan berdepan penyandang juara dalam perlawanan pembukaan Piala Dunia.

    Skuad kendalian Graham Arnold berdepan tugas sukar untuk mara dari Kumpulan D, yang juga dihuni oleh Tunisia dan Denmark.

    Namun Mabil, yang bermain untuk Cadiz di La Liga, berkata Australia tidak akan terlalu kagum apabila mereka bertemu dengan pasukan pilihan pada Selasa nanti.

    “Mereka juga manusia seperti kita. Jelas sekali mereka bermain di tahap yang lebih tinggi, tetapi awda tidak boleh memasuki padang menunjukkan rasa hormat yang keterlaluan, kerana itu bermakna awda sudah pun kalah dalam perlawanan.

    “Awda hanya perlu keluar dan bermain baik mungkin. Jika hari ini adalah hari awda, maka ia adalah hari awda. Jika tidak, tak mengapa lah. Saya tidak takut untuk berdepan sesiapa. Itulah mentaliti saya.”

    Australia tidak pernah mara melepasi peringkat kumpulan sejak Piala Dunia Jerman 2006 dan hanya memenangi satu perlawanan menentang Serbia empat tahun kemudian.

    Generasi emas Mark Viduka, Harry Kewell dan Tim Cahill telah menjadi memori silam dan mereka berjaya mara ke Qatar hanya selepas menewaskan Peru di pusingan tendangan penalti dalam aksi playoff.

    “Kami mempunyai motivasi untuk memberi kejutan kepada dunia dalam cara kami yang tersendiri,” kata Mabil, yang menjaringkan gol penting menentang Peru. – AFP

    Mabil dalam sidang media di Akademi Aspire, Doha. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...