Saturday, April 27, 2024
24.1 C
Brunei

    -

    Michelin Pilot Sport 5 kini dilancarkan

    Oleh Syahmi Hassan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 6 MEI – Menyusuli tayar Michelin Pilot Sport 4 dan pemenang pelbagai anugerah, tayar Michelin Pilot Sport 5 telah dilancarkan dan boleh didapati di seluruh dunia.

    Bagi Negara Brunei Darussalam, Pilot Sport 5 boleh didapati di semua cawangan Tyremart selaku pengedar sah tayar Michelin di negara ini.

    Menurut kenyataan yang dikongsikan Tyremart, tayar berprestasi ultra tinggi itu khusus untuk peminat kereta sport dan sedan berprestasi tinggi.

    Direka untuk menawarkan kombinasi unik prestasi sport dan hayat panjang, Michelin Pilot Sport 5 adalah tayar berprestasi terbaik dalam kalangan pesaing utamanya dari segi jangka hayat bagi kategori sport.

    Ia menawarkan ketepatan dan kereaktifan yang luar biasa pada lengkungan disebabkan teknologi Dynamic Response yang telah membuktikan dirinya dalam sukan permotoran.

    Lapisan hibrid aramid dan nilon membentuk tali sawat di sekeliling struktur tayar yang lengkap untuk menjamin transmisi optimum arahan pemanduan dan meningkatkan lagi keseronokan pemanduan.

    Michelin Pilot Sport 5 menawarkan kawalan maksimum berikutan cengkaman yang sangat baik dan prestasi brek pada permukaan kering dan basah.

    Teknologi Dual Sport Tread Design itu membolehkan pengoptimuman bunga tayar, dengan lebih prestasi dalam keadaan basah disebabkan bahagian dalam bunga tayar dan pada permukaan kering disebabkan blok bunga luarnya.

    Tayar prestasi itu telah direka untuk meningkatkan kenderaan dengan penampilan baldu hitam pekat.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...