Saturday, April 27, 2024
24.4 C
Brunei

    -

    Milak pecah rekod dunia, Dressel terlepas aksi final

    BUDAPEST, 22 JUN – Ramai penyokong yang berada di Kejohanan Dunia Renang berasa sedih selepas perenang pilihan, Caeleb Dressel terpaksa menarik diri tetapi penonton menyaksikan seorang lagi perenang yang mereka gemari iaitu perenang tempatan, Kristof Milak berjaya memecahkan rekod dunia, kelmarin.

    Dressel, juara bertahan dalam acara renang, menarik diri daripada perlumbaan renang separuh akhir bagi acara gaya bebas 100m dan acara campuran Medley Relay hanya sebelum memulakan sesi tersebut.

    Semasa perlumbaan renang 100m, Dressel mencatat rekod kedua terpantas di belakang David Popovici. Dressel memenangi acara pada dua kejohanan dunia yang lalu dan Sukan Olimpik tahun lalu.

    “Keputusan telah dibuat oleh pasukan Amerika Syarikat (AS) menerusi perbincangan bersama Caeleb, jurulatihnya dan kakitangan perubatan pasukan agar dia menarik diri daripada acara gaya bebas 100m atas faktor kesihatan. Pasukan akan mengesahkan mengenai penyertaannya kemudian pada minggu ini,” menurut kenyataan yang diberikan oleh pasukan AS.

    Sementara itu, Popovici, 17, adalah perenang dari Romania yang pertama memenangi gelaran juara dunia, mara ke perlumbaan renang separuh akhir dengan catatan masa terpantas.

    Aksi Kristof Milak semasa menyertai acara gaya kupu-kupu 200m di Kejohanan Dunia Renang 2022 di Duna Arena, Budapest. – AFP

    Dalam kejohanan bagi acara gaya kupu-kupu 200m, Milak berjaya mencatat rekod dunia dan meraih pingat emas untuk Hungary pada minggu ini.

    Buat kali pertama pada minggu ini di kolam renang Budapest yang dipenuhi dengan sorakan dan tepukan gemuruh daripada penonton, Milak, juara bertahan Olimpik, menamatkan renangan dengan catatan masa seminit 50.34 saat untuk mengatasi rekod dunia 0.39 saat yang disasarkannya pada kejohanan dunia yang lalu pada 2019.

    Dia menewaskan Leon Marchand dari Perancis dengan jurang masa yang ketara, 3.03 saat.

    Manakala juara Olimpik, Bobby Finke berjaya memungut pingat emas di saat-saat akhir dalam acara gaya bebas lelaki 800m.

    Selain daripada itu, Mykhailo Romanchuk dari Ukraine yang mendahului pada pusingan sebelumnya, kini menduduki tempat ketiga. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...