Thursday, May 9, 2024
23.3 C
Brunei

    -

    Mimi sudah maafkan tapi belum melupakan

    Masih mengekalkan hubungan baik dengan Syafiq Kyle, pelakon Mimi Lana profesional apabila melibatkan soal kerja walaupun mereka tidak jadi berkahwin.

    Mimi atau Mimi Roziana Zainal Abidin, 29, berkata, perkenalan sembilan tahun membuatkan mereka matang dan tidak terlalu mengikut emosi dalam berdepan dengan masalah.

    “Saya tidak mengambil tempoh lama untuk bersemuka dengan Syafiq. Usia perkenalan sembilan tahun membuatkan kami matang.

    “Kami tahu bagaimana hendak menyelesaikan masalah.

    “Industri seni ini kecil sahaja, jadi kena profesional dan ketepikan hal peribadi. Saya juga tiada masalah bergandingan dengannya,” katanya kepada mStar.

    Mimi berkongsi perkara itu ketika ditemui di lokasi penggambaran drama terbaharu lakonannya berjudul First Wives di Putrajaya kelmarin.

    Dalam pada itu, Mimi tetap dengan pendirian untuk tidak berkongsi punca sebenar keretakan hubungan mereka sehingga tidak jadi berkahwin.

    Jelas Mimi, semua perkara yang berlaku biarlah menjadi rahsia agar tidak menjadi lebih besar.

    “Apa yang berlaku biarlah saya simpan supaya tidak menjadi lebih besar atau timbul sebarang spekulasi. Apa yang orang nampak itulah ceritanya,” ujarnya. – Agensi

    Mimi tidak ambil masa lama untuk bangkit selepas peristiwa batal majlis nikah. – Hmetro
    Artikel sebelum ini
    Artikel seterusnya
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Bangkai tikus dalam roti, lebih 100,000 ditarik balik di Jepun

    TOKYO, 8 MEI - Lebih 100,000 peket roti telah ditarik balik di Jepun selepas bahagian bangkai tikus hitam ditemui di dalamnya, kata pengilang hari...