Saturday, April 27, 2024
36 C
Brunei

    -

    Jadi indung bertanggungjawab!

    Kes penyakit berjangkit terutama penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) menunjukkan peningkatan yang mendadak sejak kebelakangan ini.

    Anak damit saya tidak terkecuali dijangkiti penyakit tersebut ketika berada di pusat penjagaan kanak-kanak berdekatan kediaman saya.

    Justeru, saya ingin menyuarakan rasa kesal saya terhadap semua ibu bapa yang tidak saya tahu apakah niat sebenar mereka, yang terus menghantar anak mereka yang sedang menghidap HFMD ke pusat penjagaan kanak-kanak.

    Kementerian Kesihatan telah mengingatkan ibu bapa agar tidak menghantar anak-anak yang dijangkiti HFMD ke pusat penjagaan kanak-kanak atau sekolah bagi mencegah jangkitan kepada kanak-kanak lain.

    Nah, bukankah ia satu arahan yang ringkas dan jelas? Sebagai ibu bapa yang sudah berfikiran matang, susah sangatkah untuk akur dengan nasihat tersebut?

    Ibu bapa seharusnya memainkan peranan proaktif dengan memeriksa dahulu keadaan anak-anak sendiri sebelum menghantar mereka ke pusat penjagaan kanak-kanak atau sekolah setiap pagi. Janganlah jadi keras kepala atau mengendahkan langkah ini kerana ia penting untuk membendung penularan penyakit yang mudah berjangkit ini.

    Mainkanlah peranan awda sebagai ibu bapa dengan penuh beretika. Atas apa jua alasan, adalah tidak wajar sama sekali untuk menghantar anak-anak yang sakit (tanpa mengira HFMD atau demam selesema dan sebagainya) ke pusat penjagaan kanak-kanak atau sekolah. Jangan sambil lewa sahaja.

    Bapa mithali

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Coca-Cola penyumbang terbesar pencemaran plastik dunia

    CANBERRA, 26 APRIL - Lebih separuh daripada pencemaran plastik berjenama yang ditemui dalam alam sekitar di seluruh dunia datang daripada 56 syarikat, menurut dapatan...