Friday, April 26, 2024
24.7 C
Brunei

    -

    Moderna akan bina pusat UK bagi vaksin mRNA

    LONDON, 22 JUN – Moderna dan kerajaan United Kingdom (UK) kelmarin mengumumkan perjanjian bagi firma bioteknologi Amerika Syarikat (AS) itu untuk membina pusat termaju bagi membangunkan dan menghasilkan vaksin mRNA bagi penyakit pernafasan, termasuk COVID.

    Syarikat tersebut dan kementerian kesihatan berkata dalam satu kenyataan bersama bahawa kerja-kerja pembuatan, penyelidikan dan pembangunan akan dimulakan seawal tahun ini.

    Vaksin mRNA pertama yang dibangunkan di UK dijadualkan akan dihasilkan pada 2025.

    Tiada butiran kewangan atau lokasi pusat itu diberikan tetapi menteri berkata bahawa perjanjian itu akan memberi pesakit dalam Perkhidmatan Kesihatan Negara yang dikendalikan kerajaan, akses kepada vaksin dan rawatan ‘generasi seterusnya’.

    Ia juga akan memastikan ‘bekalan buatan tempatan konsisten’ dan membolehkan peningkatan pengeluaran sekiranya berlaku sebarang krisis kesihatan pada masa hadapan, membolehkan hab itu menjadi pangkalan global bagi ujian klinikal.

    “Teknologi mRNA telah terbukti sebagai salah satu laluan terpantas untuk membangunkan vaksin yang sangat berkesan semasa pandemik dan telah menjadi penting dalam melindungi orang ramai,” kata kementerian kesihatan.

    Teknologi itu juga dikatakan boleh membawa kepada rawatan cemerlang dalam beberapa bidang penyakit, termasuk kanser, selesema, demensia serta penyakit jantung.

    Britain merupakan salah sebuah negara yang paling teruk dilanda wabak COVID, dengan hampir 180,000 kematian dicatatkan. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...