Friday, April 26, 2024
29.2 C
Brunei

    -

    Mogok pekerja di seluruh India

    NEW DELHI, 28 MAC – Berjuta-juta pekerja memulakan mogok dua hari di seluruh negara di India hari ini bagi menyuarakan kemarahan mereka ke atas dasar ekonomi kerajaan dan menuntut hak lebih baik bagi pekerja industri, pekerja dan petani.

    Kira-kira sedozen kesatuan buruh yang menganjurkan mogok mahu kerajaan menyediakan liputan keselamatan sosial bagi pekerja dalam sektor luas yang tidak teratur, menaikkan gaji minimum di bawah satu program jaminan pekerjaan yang dipromosikan kerajaan dan menghalang penswastaan bank-bank sektor awam.

    Pekerja yang mogok juga menuntut kerajaan menghentikan rancangan menjual aset negara. Kerajaan Perdana Menteri Narendra Modi mengatakan menswastakan beberapa bank milik kerajaan akan mereformasi industri perbankan dan penjualan aset pula akan meningkatkan pendanaan bagi pertumbuhan ekonomi.

    Mogok bagaimanapun tidak membawa impak besar di ibu negara India, New Delhi dan hab kewangan Mumbai, namun kehidupan harian terjejas di kawasan lain, termasuk selatan Kerala di mana kerajaan negeri diketuai parti pembangkang, Parti Komunis India menyokong protes itu.

    Di beberapa negeri, pekerja mogok menyekat lebuh raya dan landasan kereta api, sekali gus menjejaskan pengangkutan awam.

    Kongres Kesatuan Perdagangan All Indian, salah sebuah kesatuan buruh terbesar negara, mengatakan ia menjangkakan lebih 200 juta pekerja formal dan tidak formal akan menyertai mogok itu, namun jumlah itu tidak dapat disahkan. – AP

    Pengguna kereta api melihat pekerja mogok yang menghalang landasan kereta api di Kolkata. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...