Friday, April 26, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    ‘Jangan pandang rendah Macedonia’

    PARIS, 28 MAC – Portugal telah diberi amaran supaya tidak memandang rendah ancaman Macedonia Utara yang mengetepikan Itali pada aksi playoff Piala Dunia minggu lalu, apabila kedua-duanya membuat perhitungan terakhir untuk layak ke Qatar, awal Rabu ini.

    Negara dari Balkan itu mengejutkan Itali di Palermo, Khamis lalu apabila menang 1-0 hasil jaringan Aleksandar Trajkovski pada tambahan masa, sekali gus bermakna juara Eropah itu gagal layak ke Piala Dunia buat kali kedua berturut-turut.

    Skuad Portugal dike-tuai Cristiano Ronaldo yang bergelar juara Eropah pada 2016, sebelum ini mungkin berdepan The Azzurri tetapi sebaliknya Macedonia Utara akan menjadi pelawat di Estadio do Dragao di Porto, dengan pemenang akan ke pusingan akhir Piala Dunia di Qatar.

    “Pada ketika ini bola sepak adalah berbeza. Sesiapa sahaja boleh menewaskan sesiapa.

    Nama, nombor dan statistik tidak memberi makna,” kata pemain tengah veteran Portugal, Joao Moutinho ketika ditanya mengenai pertembungan dengan negara yang mempunyai dua juta penduduk dan berkedudukan ke-67 dunia itu.

    “Kami perlu menunjukkan di padang bahawa kami mempunyai lebih kualiti dan mengenakan gaya permainan tersendiri.”

    Portugal terselamat apabila menewaskan Turki 3-1 pada separuh akhir apabila mensia-siakan dua gol awal. Namun Burak Yilmaz gagal menyempurnakan penalti lewat sebelum Matheus Nunes melengkapkan kemenangan tuan rumah.

    Skuad kendalian Fernando Santos melepaskan peluang bergelar juara kumpulan kelayakan dengan melepaskan gol pada lewat perlawanan sebelum tewas 2-1 di laman sendiri kepada Serbia pada November lalu. – AFP

    Aksi Cristiano Ronaldo (kiri) dan Pepe semasa menghadiri sesi latihan di stadium Dragao di Porto kelmarin, sehari sebelum perlawanan kelayakan Piala Dunia antara Portugal dan Macedonia Utara. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Rundingan AS-China bermula dengan amaran tentang salah faham dan salah perhitungan

    BEIJING, 26 APRIL - Amerika Syarikat dan China bertelagah mengenai beberapa isu dua hala, serantau dan global yang menjadi perbalahan ketika Setiausaha Negara Amerika...