Friday, April 26, 2024
29.2 C
Brunei

    -

    Mohammad Shafiq, Siti Nurlyana dinobat juara

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 17 JULAI – Awang Mohammad Syafiq bin Mohammad Suhardie dan Dayang Siti Nurlyana binti Abdullah Emran masing-masing muncul juara Pertandingan Azan dan Pertandingan Rawi sempena Sambutan Perayaan Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam ke-76 tahun.

    Pertandingan yang dianjurkan Bahagian Hal Ehwal Pelajar, Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan (KUPU SB) dengan kerjasama Jawatankuasa Persembahan Pentas Perayaan berlangsung malam kelmarin di pentas perayaan di kawasan letak kereta berhadapan Muzium Alat Kebesaran Diraja di ibu negara.

    Hadir selaku tetamu khas seterusnya menyempurnakan penyampaian hadiah kepada peserta ialah Dekan Hal Ehwal Pelajar KUPU SB, Dr Haji Mohammad Shahrol Azmi bin Haji Abdul Muluk.

    Pertandingan merupakan antara aktiviti pentas perayaan bagi menyemarakkan dan memeriahkan sambutan Hari Keputeraan Baginda Sultan ke-76 tahun. Seramai 10 orang menyertai pertandingan yang turut diserikan dengan bacaan Salawat Tafrijiyyah oleh mahasiswa KUPU SB.

    Turut hadir menyaksikan persembahan ialah pegawai-pegawai, pensyarah, kakitangan, pelajar KUPU SB dan orang ramai.

    Antara peserta yang menyertai pertandingan azan dan pertandingan rawi yang diadakan di pentas perayaan di kawasan letak kereta berhadapan Muzium Alat Kebesaran Diraja di ibu negara.
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...