Friday, April 26, 2024
25.5 C
Brunei

    -

    Monaco belasah PSG

    MONACO, 21 MAC – Paris Saint-Germain berdepan kekalahan 0-3 di Monaco selepas Wissam Ben Yedder meledakkan dua gol ketika Neymar dan Kylian Mbappe dilayangkan kad kuning dalam pertemuan sengit Ligue 1.

    PSG kekal 12 mata di depan Marseille di tangga kedua selepas berdepan kekalahan keempat liga musim ini buat anak buah Mauricio Pochettino yang berdepan dengan kritikan selepas tersingkir daripada Liga Juara-Juara kepada Real Madrid.

    Kapten Monaco, Ben Yedder kini menjadi penjaring terbanyak Ligue 1 dengan 17 gol selepas menyumbat masuk bola lantunan pada minit ke-25 dan menyempurnakan penalti pada minit ke-84.

    Ben Yedder turut membantu jaringan penyerang Jerman, Kevin Volland untuk Monaco, untuk menjadikan kedudukan ketiga itu 2-0 minit ke-68 yang menjadi titik perubahan sebenar permainan ketika PSG mula mengejar.

    Mbappe dan Neymar yang bermula untuk PSG mempunyai beberapa peluang ketika pelawat menguasai pengawasan bola tanpa Lionel Messi kerana mengalami selesema.

    Reaksi Wissam Ben Yedder (kiri) selepas menjaringkan gol ketiga Monaco semasa perlawanan menentang Paris Saint-Germain di Stade Louis II di Monaco pada 20 Mac. – AP

    Mbappe berkata kepahitan kekalahan Liga Juara-Juara awal bulan ini masih terasa oleh kelab itu.

    “Kami boleh menang 8-0 dan tiada siapa yang peduli, mereka hanya akan fikir mengenai Liga Juara-Juara,” katanya.

    “Kami perlu kekal profesional, fikirkan keluarga kami,” kata Mbappe yang sentiasa memuji kelab lamanya.

    “Mereka satu pasukan yang hebat bermain dalam pertandingan Eropah,” kata pemain berusia 23 tahun itu.

    Kapten PSG Marquinhos menyifatkan kekalahan itu sebagai peringatan untuk mereka kembali sedar. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...