Saturday, April 27, 2024
24.4 C
Brunei

    -

    Movember tumpu kesihatan lelaki

    Oleh Salawati Haji Yahya
    Gambar serahan Progresif

    BANDAR SERI BEGAWAN, 29 NOV – Sempena dengan bulan Movember, seramai 60 orang kakitangan Progresif Sdn Bhd telah menyertai Program Kesejahteraan Progresif – latihan selang intensiti rendah (LIIT) baru-baru ini di Pusat Promosi Kesihatan, Berakas.

    Program berkenaan merupakan usaha komponen Program Kesejahteraan Kakitangan Progresif dan berfungsi untuk memupuk keseimbangan kerja-kehidupan yang sihat melalui senaman fizikal seluruh syarikat.

    Program berkenaan juga dilaksanakan dengan kerjasama Garmin Running Club (GRC) di mana mereka mengendalikan senaman tersebut dengan sokongan Pusat Promosi Kesihatan dalam menyediakan tempat.

    Sebagai sebahagian daripada kesedaran, Progresif juga menggalakkan semua kakitangan memakai baju biru untuk menunjukkan sokongan mereka terhadap Movember.

    Acara LIIT untuk Movember ini juga bertepatan sempena bulan November di mana ia adalah bulan lelaki untuk menunjukkan sokongan bagi meningkatkan kesedaran tentang pelbagai jenis kanser seperti kanser prostat, kanser testis, kesihatan mental dan pencegahan bunuh diri.

    Sebagai tambahan kepada LIIT, Progresif memberikan tiga pakej pemeriksaan kesihatan kepada pemenang lelaki yang bertuah pada acara itu.

    Para peserta bergambar ramai semasa program berkenaan.

     

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...