Wednesday, May 1, 2024
23.9 C
Brunei

    -

    M’sia berjaya selamatkan 110 mangsa penipuan bekerja di luar negara

    KUALA LUMPUR, 30 SEPT – Seramai 110 mangsa yang diperdayakan sindiket penipuan bekerja di luar negara berjaya diselamatkan dan dibawa pulang, kata Setiausaha Polis Diraja Malaysia (PDRM) Datuk Noorsiah Saaduddin.

    Beliau berkata berdasarkan laporan yang diterima dari 2021 sehingga hari ini, masih terdapat 174 mangsa sindiket berkenaan yang terkandas di luar negara.

    “Bagi tempoh yang sama PDRM telah menerima 224 laporan melibatkan 284 mangsa daripada ahli keluarga dan rakan-rakan mangsa berkaitan rakyat tempatan yang diperdayakan oleh sindiket penipuan untuk bekerja di luar negara.  

    “PDRM akan terus menggunakan semua platform untuk bekerjasama dengan pelbagai agensi terutama Interpol (Organisasi Polis Jenayah Antarabangsa), Aseanapol (Polis ASEAN) untuk menangani penipuan tawaran kerja kepada rakyat Malaysia di luar negara, selain turut terlibat dalam jawatankuasa khas yang diterajui oleh Kementerian Luar Negeri,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

    Sementara itu Noorsiah berkata PDRM menasihati orang ramai agar lebih berhati-hati ketika menerima tawaran-tawaran pekerjaan di luar negara melalui media sosial, dan membuat semakan terlebih dahulu mengenai kesahihan atau ketulenan maklumat majikan dengan Kementerian Luar Negeri. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Saintis pertama terbit virus COVID-19 lancar mogok di China

    SHANGHAI, 30 APRIL - Saintis pertama yang menerbitkan jujukan virus COVID-19 di China melancarkan mogok selepas pihak berkuasa menyekatnya daripada bekerja di makmalnya. Pakar Virologi,...