Tuesday, May 21, 2024
29.9 C
Brunei

    -

    Gema Syawal BIBD di Kuala Belait

    Oleh Sim Y. H. –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 30 APRIL – Bank Islam Brunei Darussalam telah menghoskan lagi Majlis Sambutan Hari Raya sebagai tanda penghargaan dan meraikan hubungan kukuh antaranya dengan pihak-pihak yang berkepentingan di Kuala Belait menerusi Gema Syawal yang berlangsung di The Grand Ballroom, Hotel V Plaza, Kuala Belait, hari ini.

    Dalam majlis itu, lebih 500 orang jemputan yang terdiri daripada wakil-wakil sektor swasta, tokoh perniagaan dan awam, berpeluang untuk menikmati suasana perayaan dengan hiasan serta muzik di samping peluang berinteraksi dengan pihak pengurusan kanan serta kakitangan utama BIBD.

    Majlis dihasratkan untuk mempromosikan nilai-nilai murah hati dan semangat kemasyarakatan serta untuk mengukuhkan hubungan bank berkenaan dengan pihak-pihak yang telah banyak menyumbang kepada pertumbuhan dan kejayaan BIBD, Brunei dan ekonomi.

    Antara yang hadir pada Gema Syawal BIBD di Kuala Belait, kelmarin. – GAMBAR OLEH DANIEL LIM
    GAMBAR OLEH DANIEL LIM

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Australia dan New Zealand hantar pesawat, keluarkan warga dari New Caledonia

    SYDNEY, 21 MEI - Kerajaan Australia dan New Zealand mengumumkan pada hari ini bahawa mereka menghantar pesawat untuk memindahkan rakyat mereka dari New Caledonia...