Wednesday, May 22, 2024
30.1 C
Brunei

    -

    Kementerian Pertahanan bakal miliki enam helikopter Airbus H145M baharu

    Oleh Sim Y. H. –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 30 APRIL – Kementerian Pertahanan bagi pihak kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, hari ini, telah menandatangani kontrak perjanjian bersama Airbus Helicopters SAS bagi perolehan enam buah helikopter Airbus H145M baharu.
     
    Majlis penandatanganan kontrak berkenaan telah berlangsung di Mes Pegawai, Bolkiah Garison di mana menandatangani bagi pihak Kementerian Pertahanan ialah Setiausaha Tetap, Brigadier Jeneral (B) Dato Seri Pahlawan Haji Alirupendi bin Haji Perudin manakala Airbus Helicopters SAS diwakili oleh Naib Presiden dan Ketua Jualan, Strategi dan Pemasaran, Asia-Pasifik, Fabrice Rochereau.
     
    Upacara penandatanganan kontrak perjanjian berkenaan telah disaksikan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan Kedua, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof.  
     
    Turut hadir ialah Pemerintah Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB), Mejar Jeneral Dato Paduka Seri Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan, pemerintah-pemerintah angkatan tentera, timbalan setiausaha tetap di Kementerian Pertahanan, pengarah-pengarah dan pegawai kanan dari Kementerian Pertahanan.
     
    Helikopter Airbus H145M merupakan helikopter pelbagai misi yang kini beroperasi di lebih 34 buah negara.  
     
    Enam buah helikopter yang akan diperolehi secara berperingkat bermula 2026 adalah bagi menggantikan helikopter Bolkow BO105 yang telah ditamatkan perkhidmatan.  
     
    Helikopter-helikopter berkenaan akan meningkatkan keupayaan operasi ABDB bagi misi-misi antaranya bantuan udara jarak dekat (close air support), pemantauan udara dan juga pelbagai operasi yang lain.
     
    Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bergambar ramai pada majlis penandatanganan berkenaan. – GAMBAR SERAHAN KEMENTERIAN PERTAHANAN
    Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi menyaksikan penandatanganan kontrak berkenaan. – GAMBAR OLEH RAFI ROSLI
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Pilihan raya Iran ditetapkan pada 28 Jun

    TEHRAN, 21 MEI - Selepas meneliti masa proses pilihan raya, ketua-ketua cabang kuasa Iran telah memutuskan 28 Jun sebagai tarikh untuk memilih presiden baharu,...