Friday, April 26, 2024
25.5 C
Brunei

    -

    M’sia komited realisasi muar sebagai hab minyak, gas

    JOHOR BAHRU, 6 MAC – Kerajaan Johor mahu menjadikan daerah Muar yang terletak di utara Malaysia ini sebagai hab minyak dan gas, dengan penglibatan kalangan pelabur swasta.

    Menteri Besar, Datuk Hasni Mohammad berkata pembangunan itu akan melibatkan kawasan seluas 920 hektar dan ia merupakan pencetus perubahan buat daerah itu. Beliau berkata terdapat juga perancangan untuk menjadikan Muar sebagai Bandar Perabot Malaysia, sekali gus menyelesaikan masalah kilang haram dan bekalan bahan mentah untuk industri perabot.

    “Saya percaya banyak peluang pekerjaan dapat disediakan, banyak idea (perancangan) dibawa ke daerah utara Muar.

    “Dulunya (Muar) dikatakan bandar orang pencen, tapi saya percaya dalam tempoh lima tahun ke hadapan, ia (perancangan ini) akan meletakkan asas-asas yang memberi satu gambaran kepada masyarakat Muar bahawa Muar akan berubah wajah,” katanya dalam program Suara Johor terbitan Bernama TV hari ini.

    Beliau berkata selain itu, dengan adanya sistem pengangkutan berintegrasi, Sistem Transit Rapid (RTS) dari Bukit Chagar ke Johor Bahru, ia dapat membantu pertumbuhan ekonomi negeri dan mengawal kesesakan lalu lintas di Tambak Johor.

    “…cadangan untuk satu sistem Light Rail Transit (LRT- Transit Aliran Ringan) dibangunkan…boleh buat. Ini bukan angan-angan mat jenin, sekiranya kita ada RTS itu.

    “Kenapa kita buat RTS dari Bukit Chagar ke Woodlands?, ini kerana Tambak Johor, berkurun lamanya mereka yang berulang-alik terpaksa berhadapan dengan kesesakan dua tiga jam setiap pagi untuk pergi bekerja, dua tiga jam setiap petang untuk balik bekerja,” katanya.

    Beliau berkata RTS akan dilaksanakan dengan cadangan fasa pertama jajarannya melalui Jalan Tun Razak. – Bernama

    Kerajaan Johor mahu menjadikan daerah Muar yang terletak di utara Malaysia ini sebagai hab minyak dan gas.
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...