Friday, April 26, 2024
25.5 C
Brunei

    -

    Vaksin Coronavac berkesan lindungi kanak-kanak – pakar

    KUALA LUMPUR, 6 MAC – Penggunaan vaksin CoronaVac keluaran Sinovac dilihat berkesan dalam melindungi kanak-kanak daripada dijangkiti wabak COVID-19, sekali gus dapat mengurangkan kemasukan golongan itu ke hospital dan unit rawatan rapi (ICU)

    Pakar Perunding Pediatrik dan Neonatologi Hospital Sungai Buloh Dr See Kwee Ching berkata keberkesanan vaksin berkenaan yang mendapat kelulusan bersyarat pada Mesyuarat Pihak Berkuasa Kawalan Dadah yang ke-370, 3 Mac lepas, telah dibuktikan menerusi kajian dilakukan di Chile.

    ”Vaksin ini telah melalui kajian di Chile melibatkan dua juta kanak-kanak berusia enam hingga 16 tahun dengan keberkesanan terhadap mereka adalah utuh (daripada dijangkiti) dengan sekitar 75 peratus manakala lebih 90 peratus kurang kadar kemasukan ke hospital dan ICU.

    ”Bagi kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun, keberkesanan juga sama, sekitar 75 peratus dan 77 peratus kurang kemasukan ke hospital dan ICU. Ini sekali gus melepasi ambang ditetapkan WHO (Pertubuhan Kesihatan Sedunia) iaitu 50 peratus untuk pencegahan jangkitan,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

    Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Dr Noor Azmi Ghazali hari ini dilaporkan berkata kanak-kanak berumur lima hingga 11 tahun yang tidak boleh menerima vaksin jenis Comirnaty keluaran Pfizer-BioNTech atas sebab kesihatan akan ditawarkan vaksin CoronaVac keluaran Sinovac oleh petugas kesihatan.

    Dr Noor Azmi berkata vaksin berkenaan akan mula ditawarkan mulai esok di pusat pemberian vaksin (PPV) terpilih dan ibu bapa juga diberi pilihan untuk vaksin CoronaVac diberikan kepada anak mereka sekiranya tidak bersetuju dengan vaksin Comirnaty. Vaksin berkenaan menjadi vaksin kedua diluluskan penggunaannya untuk kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...