Wednesday, May 1, 2024
23.9 C
Brunei

    -

    Murray kembali dengan kemenangan

    NEWPORT, AMERIKA SYARIKAT, 13 JULAI- Pemain Britain, Andy Murray mara ke pusingan kedua Terbuka Hall of Fame ATP kelmarin selepas menewaskan pemain Amerika Syarikat (AS), Sam Querrey 6-2, 6-0.

    Dalam cuaca yang berangin, pemain Scotland berusia 35 tahun itu berjaya menawan 10 perlawanan terakhir, memanfaatkan kesemua enam peluang break-point dalam masa 54 minit mengatasi Querrey yang berada di ranking ke-281 dunia.

    Pemain pilihan keenam, Murray, seterusnya akan bermain untuk tempat suku akhir dalam acara gelanggang rumput menentang pemain wild card dari Australia ranking ke-202, Max Purcell, yang menyingkirkan pemain Perancis, Adrian Mannarino 6-3, 1-6, 7-5.

    Murray yang juga pemain nombor 52 dunia, menambah rekod kemenangan pertemuan kepada 8-2 sepanjang masa menentang Querrey, yang telah memenangi pertemuan terakhir mereka dalam lima set suku akhir Wimbledon 2017.

    Murray memenangi pertemuan pertama mereka sebagai pemain berusia 19 tahun pada pusingan kedua di Newport pada 2006.

    “Saya sangat gembira untuk kembali dan bermain di gelanggang ini semula selepas 16 tahun,” kata Murray.

    “Banyak yang telah berlaku dalam tempoh tersebut,” tambahnya.

    Pencapaiannya sebelum ini termasuk memenangi Terbuka AS 2012, gelaran Wimbledon 2013 dan 2016 serta emas Olimpik pada 2012 dan 2016. – AFP

    Reaksi Andy Murray selepas mara ke pusingan kedua Terbuka Hall of Fame ATP selepas menewaskan pemain AS, Sam Querrey 6-2, 6-0 kelmarin. – Xinhua
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Saintis pertama terbit virus COVID-19 lancar mogok di China

    SHANGHAI, 30 APRIL - Saintis pertama yang menerbitkan jujukan virus COVID-19 di China melancarkan mogok selepas pihak berkuasa menyekatnya daripada bekerja di makmalnya. Pakar Virologi,...