Saturday, April 27, 2024
24.1 C
Brunei

    -

    Naomi Osaka tarik diri selepas alami kecederaan

    TORONTO, 10 OGOS – Juara dunia Grand Slam empat kali, Naomi Osaka, terpaksa akur untuk mengundurkan diri daripada perlawanan pembukaan menentang Kaia Kanepi dari Estonia pada aksi WTA Toronto Masters, kejohanan Terbuka Kanada akibat kecederaan sakit belakang.

    Pada perlawanan tersebut, Kaia Kanepi mara apabila Osaka menarik diri selepas ketinggalan 7-6 (7/4), 3-0. Kanepi, naib juara minggu lalu di Washington, memerlukan 71 minit di gelanggang dan mendominasi sejak awal perlawanan dengen servis kencang sebelum bintang Jepun itu meminta perlawanan untuk diberhentikan.

    Osaka kemudiannya dilihat beremosi dan menangis.

    “Saya merasakan sakit pada bahagian pinggang sejak awal perlawanan dan walaupun cuba untuk meneruskannya, saya tidak dapat melakukannya,” kata Osaka.

    “Saya ingin memberi penghargaan kepada Kaia kerana bermain dengan baik dan saya mendoakan yang terbaik buatnya dalam perlawanan seterusnya,” tambah beliau.

    Reaksi Naomi Osaka ketika menentang Kaia Kenepi dalam kejohanan tenis Terbuka Kanada. – AP

    Osaka hanya bermain enam perlawanan dengan rekod 2-4 sejak tewas di pusingan akhir Miami pada awal April lalu kepada Iga Swiatek.

    Namun bagi Kanepi, kemenangan ini adalah bagi yang pertama kali sejak perlawanannya menentang Osaka pada tahun 2018 dalam kejohanan Terbuka Amerika Syarikat (AS).

    Osaka memenangi set pertama apabila Kanepi tersilap langkah, namun juara dunia kejohanan Grand Slam itu kehilangan momentum setelah memperoleh mata 2-1.

    Kanepi memenangi empat daripada tujuh perlawanan dengan mata 5-3. Osaka kemudian berusaha untuk menyaingi pesaingnya itu, sekali gus menjayakan beliau menjadikan perlawanan seri.

    Dengan keputusan set seri 3-3, Kanepi meningkatkan mutu perlawanan dan berjaya memperoleh empat daripada lima mata. Kejayaan itu memotivasikan Kanepi untuk buat yang lebih terbaik, didorong oleh kesilapan yang dilakukan oleh Osaka. – AP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...