Friday, April 26, 2024
25.5 C
Brunei

    -

    NBT ceriakan golongan memerlukan

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 27 APRIL – NBT Brunei meneruskan usaha untuk memeriahkan lagi bulan Ramadan dengan menghulur sumbangan kepada golongan yang kurang bernasib baik menerusi aktiviti tanggungjawab sosial korporatnya.

    Sehubungan itu, baru-baru ini, NBT Brunei telah menghulurkan sumbangan kepada penerima-penerima yang memerlukan yang dikenal pasti di Daerah Brunei dan Muara.

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh NBT Brunei, di sini, aktiviti yang dikenali sebagai NBT Gift of Smile itu menyaksikan Pengarah Urusan NBT, Haji Ahmad bin Haji Husin mengetuai beberapa orang kakitangan untuk menyampaikan Pakej Prihatin Ramadan yang mengandungi barangan

    keperluan asas termasuk makanan dalam tin, ramuan memasak, beras wangi, air botol, biskut, barangan kebersihan dan peket hijau kepada keluarga dan individu yang kurang bernasib baik yang dikenal pasti.

    Sumbangan itu diharap dapat meringankan beban para penerima dalam persiapan perayaan Hari Raya serta pada masa yang sama, menjalinkan hubungan silaturahim yang erat dengan semua masyarakat di negara ini.

    Kegiatan amal itu merupakan sebahagian daripada usaha NBT Brunei untuk memeduli golongan yang kurang bernasib baik dan berkongsi keriangan, harapan, senyuman serta gelak ketawa dalam semangat Ramadan.

    Ia juga dihasratkan untuk menyatakan kepada golongan yang kurang bernasib baik bahawa mereka tidak dilupakan dan NBT juga prihatin.

    Haji Ahmad ketika mengulas mengenai kegiatan amal itu berkata bahawa NBT amat
    teruja berpeluang untuk memberi dan bersedekah semasa bulan suci Ramadan dengan masyarakat.

    Haji Ahmad bersama-sama kakitangan NBT Brunei menghulurkan sumbangan kepada individu dan keluarga yang kurang berkemampuan di Daerah Brunei dan Muara, baru-baru ini. – Gambar serahan NBT (Brunei)
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...