Friday, April 26, 2024
25.5 C
Brunei

    -

    Nepal rasmi lapangan terbang buatan China

    LUMBINI, NEPAL, 16 MEI – Nepal hari ini merasmikan lapangan terbang buatan China yang dihasratkan untuk memodalkan pelancongan Buddha itu, ketika perdana menteri India mendarat beberapa kilometer jauhnya untuk meraikan kelahiran dan kematian pengasas agama itu.

    Namun Narendra Modi terbang menggunakan helikopter terus dari lapangan terbang India berdekatan menuju ke tempat kelahiran Buddha di Lumbini, melintasi kemudahan baharu itu ketika rajan sejawatannya Nepal, Sher Bahadur Deuba merasmikannya.

    Projek lapangan terbang bernilai AS$76 juta di Bhairahawa, bandar terdekat dengan Lumbini, diasaskan oleh Bank Pembangunan Asia dan Dana OPEC bagi Pembangunan Antarabangsa namun dibina oleh Kumpulan Pembinaan Lapangan Terbang Penerbangan Awam Barat Laut China. – AFP

    Sher Bahadur Deuba (tengah) ketika tiba di Lapangan Antarabangsa Gautam Buddha pada 16 Mei. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...