Friday, April 26, 2024
29.2 C
Brunei

    -

    Nets tumpaskan Philadelphia 76ers

    WASHINGTON, 11 MAC – Kevin Durant dan Kyrie Irving memimpin Brooklyn Nets menumpaskan bekas rakan sepasukan James Harden dan Philadelphia 76ers 129-100 dalam perlawanan sengit NBA semalam.

    Durant menjaringkan 25 mata dan mencatat 14 rebound manakala Irving menambah 24 mata dalam pertarungan di Philadelphia, pertemuan pertama kelab sejak perjanjian tarikh akhir NBA mereka pada bulan lalu menyaksikan Harden menyertai 76ers dengan Ben Simmons dan Seth Curry berpindah ke Brooklyn sebagai tukaran.

    Harden, dikerumuni pemain pertahanan Nets sepanjang malam, hanya mampu mengutip 11 mata dalam 3 daripada 17 jaringan dan berdepan masalah pertahanan daripada Durant. Brooklyn hanya mencatat 30 daripada 93 jaringan dari kawasan gelanggang, iaitu 32.3 peratus sahaja.

    “Kami tahu ia adalah pasukan yang pantas,” kata Durant. “Saya fikir kami melakukan tugas yang sempurna mengendali mereka. Kami memperlahankan rentak mereka. Adalah sukar untuk mereka mencari corak permainan.”

    Curry menjaringkan 22 mata untuk Brooklyn tetapi pengawal Australia Simmons belum bermain untuk Nets disebabkan sakit belakang.

    Simmons, yang tidak beraksi untuk 76ers pada musim ini disebabkan isu kesihatan mental, disambut dengan sorakan daripada peminat Philadelphia apabila dia berjalan memasuki gelanggang bersama Nets.

    Dia menerima sorakan sekali lagi apabila duduk di bangku dan mengutip bola yang terlepas, namun ramai peminat 76ers meninggalkan stadium lebih awal. – AFP

    Aksi Kevin Durant membawa bola sambil dikawal Tobias Harris dalam perlawanan separuh kedua di antara Brooklyn Nets dan Philadelphia 76ers di Wells Fargo Center di Philadelphia pada 10 Mac 2022. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...