Friday, April 26, 2024
29.2 C
Brunei

    -

    New Zealand buka sempadan secara berfasa

    WELLINGTON, 3 FEB – Sempadan New Zealand akan dibuka semula bagi warganya yang divaksin dan pengembara layak lain dari Australia pada jam 11:59 malam 27 Februari dan kumpulan sama bagi seluruh dunia pada 13 Mac.

    Pelan lima fasa kerajaan akan menyaksikan semua warga New Zealand dan pemegang visa utama akan mula memasuki negara itu dalam masa tiga bulan akan datang, bagi membantu pemulihan ekonomi dan mengatasi segera masalah kekurangan pekerja, Perdana Menteri Jacinda Ardern memberitahu media hari ini.

    Bermula 27 Februari, rakyat New Zealand yang divaksin dan pengembara layak dari Australia akan dapat memasuki New Zealand tanpa kuarantin. Dua minggu selepas itu, pada 13 Mac, warga New Zealand dan pengembara layak dari seluruh dunia akan dapat pulang ke tanah air, kata Ardern.

    “Meskipun pengembara tidak lagi perlu kuarantin di kemudahan kuarantin, kami akan mengekalkan langkah-langkah keselamatan sempadan bagi mengurangkan penularan virus,” katanya, menambah bahawa kuarantin kendiri perlu bagi pengembara dalam masa 10 hari, namun akan berkurangan kepada tujuh hari apabila New Zealand beralih ke fasa kedua pelan pandemik ketika kes-kes terus meningkat.

    Pada 12 April, pembukaan sempadan akan dilanjutkan bagi sejumlah besar kohort pelajar antarabangsa sehingga 5,000 pelajar bagi kemasukan menjelang semester dua dan pemegang visa sementara yang masih memenuhi keperluan visa relevan.

    Menurutnya, pembukaan semula kepada pelancong bebas visa kemungkinan akan dipercepatkan, dengan jangkaan Julai sebagai tarikh terkini, menambah, dalam Oktober, sempadan akan dibuka kepada semua pengunjung dan pelajar yang memerlukan visa untuk memasuki negara itu. – Xinhua

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...