Saturday, April 27, 2024
24.4 C
Brunei

    -

    New Zealand perolehi ubat cacar monyet

    WELLINGTON, 26 OGOS – Kerajaan New Zealand telah memperolehi ubat cacar monyet, tecovirimat yang dijangkakan tersedia di negara itu bermula hujung September secara percuma.

    Selain itu, pihak berkuasa kesihatan New Zealand juga sedang bekerjasama dengan Pharmac, agensi farmaseutikal negara itu untuk mendapatkan bekalan vaksin cacar dikenali sebagai Imvanex atau Jynneos yang berkesan mengubati cacar monyet, kata Menteri Kesihatan Persekutuan, Ayesha Verrall hari ini.

    “Meskipun New Zealand pada masa ini tidak mempunyai kes aktif cacar monyet, risiko penularannya adalah rendah, namun ia adalah penting untuk bersiap sedia,” katanya.

    “Ada kalanya orang yang dijangkiti virus berdepan tompokan yang menyakitkan dan sebahagian lagi mungkin memerlukan rawatan hospital.

    “Ubat ini akan membantu orang-orang itu,” tambahnya. – Xinhua

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...