Friday, April 26, 2024
29.2 C
Brunei

    -

    Neymar berdepan perbicaraan kes penipuan

    BARCELONA, SEPANYOL, 16 OKT – Lima tahun selepas Neymar menamatkan kariernya di Barcelona, pemain penyerang dari Brazil itu akan dibicarakan di Sepanyol untuk menentukan sama ada dia dan beberapa orang lain telah melakukan penipuan semasa perpindahannya dari Santos ke kelab dari Catalan pada tahun 2013.

    Dalam perbicaraan yang bakal bermula pada Isnin di Barcelona, Neymar, ayahnya, serta bekas presiden kelab Barcelona dan kelab Santos berdepan tuduhan penipuan dan persaingan tidak sihat.

    Mereka dituduh menyembunyikan kos sebenar perpindahan dia dengan hasrat supaya tidak perlu membayar wang kepada DIS, syarikat persendirian dari Brazil, yang mendakwa ia mempunyai 40 peratus hak daripada keseluruhan hak diri Neymar.

    DIS meminta Neymar, ayahnya yang juga dikenali sebagai Neymar yang bertindak sebagai ejen dia, dan bekas eksekutif Barcelona, Sandro Rosell dan Josep Bartomeu supaya dihukum penjara selama lima tahun. Semua tertuduh telah menafikan sebarang salahlaku.

    Perbicaraan dijangka akan berakhir pada penghujung Oktober, dengan pembukaan Piala Dunia pada 21 November di Qatar. Neymar diwajibkan hadir melainkan hakim memberi dia kebenaran untuk terlepas satu sesi. – AP

    Pemain penyerang Paris Saint-Germain, Neymar menafikan segala pertuduhan yang dibuat keatasnya. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...