Saturday, April 27, 2024
24.5 C
Brunei

    -

    Galak warga emas amal pembacaan Al-Quran

    Oleh Nurdiyanah R.

    TUTONG, 16 OKT – Dengan matlamat bersama untuk mengamalkan pembacaan ayat-ayat suci Al-Quran dalam kehidupan sehari-hari, Pusat Kegiatan Warga Emas (PKWE) Daerah Tutong telah mengadakan Majlis Khatam Al-Quran bagi Program Tilawah Wal Istima buat kali kedua, di Dewan Serba guna PKWE Daerah Tutong, baru-baru ini.

    Hadir selaku tetamu majlis bagi sama-sama menyertai program keagamaan bersempena dengan memperingati Hari Antarabangsa Warga Emas setiap 1 Oktober itu ialah Ketua Pegawai Ugama Daerah Tutong, Haji Azman bin Haji Musa.

    Turut hadir ialah Ketua Kampung Sengkarai, Awang Abdul Aziz bin Haji Hamdan.

    Program itu bukan hanya ditetapkan untuk ahli PKWE Daerah Tutong yang sudah menamatkan bacaan 30 juzuk Al-Quran bahkan matlamat utamanya adalah bagi menuntut jiwa semua ahli dalam sama-sama menyucikan hati dengan ayat-ayat Al-Quran dalam meniti usia yang hanya pinjaman sementara ini.

    Di samping itu, ia juga mampu mewujudkan jalinan persaudaraan sesama Islam dalam kalangan peserta yang terlibat sekali gus bagi mendoakan insan-insan yang sudah kembali ke rahmatullah.

    Pengurus PKWE Daerah Tutong, Haji Hamaffi bin Mohd Yassin menjelaskan, program berkenaan menjadi kegiatan tahunan ahli PKWE Daerah Tutong yang telah dilancarkan sekitar Ogos tahun lepas secara dalam talian di saat negara mengalami pandemik COVID.

    Ia telah dirasmikan oleh mantan Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Aminuddin Ihsan bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin.

    Gambar ramai pada majlis khatam Al-Quran yang berlangsung di Dewan Serbaguna PKWE Daerah Tutong, baru-baru ini.
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Coca-Cola penyumbang terbesar pencemaran plastik dunia

    CANBERRA, 26 APRIL - Lebih separuh daripada pencemaran plastik berjenama yang ditemui dalam alam sekitar di seluruh dunia datang daripada 56 syarikat, menurut dapatan...