Friday, April 26, 2024
25.5 C
Brunei

    -

    Nilai kargo kereta api China-Laos cecah RMB5 bilion

    BEIJING, 4 MEI – Kereta api kargo antarabangsa China-Laos yang membawa 500
    tan kanji ubi kayu dalam 25 kontena berlepas dari Pelabuhan Mohan di provinsi Yunnan menuju ke provinsi Sichuan pada Selasa.

    Perkhidmatan kereta api di bawah penyeliaan Kastam Kunming itu menjadi kereta api kargo antarabangsa China-Laos pertama menggunakan ‘mod kelulusan pantas’ kastam.

    Sejak perkhidmatan itu dilancarkan pada 3 Disember 2021, Kastam Kunming telah menyelia dan meluluskan 882 kereta api kargo dengan jumlah muatan sebanyak 461,500 tan yang bernilai RMB5.04 bilion.

    ‘Mod kelulusan pantas’ kereta api ialah mod penyeliaan baharu yang dilancarkan Pentadbiran Am Kastam China untuk meningkatkan kecekapan serta kemudahan transit barangan import dan eksport melalui kereta api dalam negara.

    Bagi barangan yang tidak perlu dikuarantin di pelabuhan dan tidak terhad untuk perniagaan transit, pengusaha kereta api berkelayakan boleh memohon menggunakan mod itu. 

    Pegawai Kastam Kunming, Gao Jing berkata dengan adanya mod itu, pihak kastam, syarikat pengendali dan jabatan kereta api boleh meningkatkan kecekapan pelepasan kastam, dan mengurangkan kos operasi di samping menjalankan penyeliaan terhadap kereta api China-Laos dengan perkongsian data logistik dan sistem gelembung perjalanan. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...