Friday, April 26, 2024
29.2 C
Brunei

    -

    Nokia jangka pertumbuhan 2022

    HELSINKI, 11 JAN – Syarikat telekomunikasi gergasi Finland, Nokia menunjukkan prestasi lebih baik berbanding tahun lalu dan meramal pertumbuhan selanjutnya pada 2022 ketika krisis rantaian bekalan dan inflasi dijangka berkurangan, menurut pembuat peralatan rangkaian hari ini.

    Pengumuman dibuat berikutan rentetan keuntungan suku tahun yang mengejutkan bagi syarikat pembuat peralatan rangkaian, yang Oktober lalu berjaya meningkatkan pendapatan suku ketiga meskipun seluruh dunia mengalami kekurangan cip komputer.

    Syarikat itu sebahagian besarnya berjaya memenuhi jangkaan dengan jualan bersih bernilai 22.2 bilion euro tahun lalu. Tetapi ia meningkatkan panduan margin operasi 2021 kepada antara 12.4 peratus dan 12.6 peratus, melonjak dari 10 peratus kepada 12 peratus.

    Perangsangan tersebut berkaitan dengan pelaburan dana teroka, iaitu satu kontrak perisian dengan suku kedua. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...