Friday, April 26, 2024
25.5 C
Brunei

    -

    Syamsul Saad ketua jurulatih baharu KUFC

    KOTA BHARU, 11 JAN – Kelantan United (KUFC) melantik Syamsul Saad sebagai ketua jurulatih baharu pasukan itu bagi menghadapi saingan Liga Malaysia (Liga-M) musim ini, berkuat kuasa semalam.

    Ketua Pegawai Operasi KUFC, Wan Mohd Zul Ikman berkata pelantikan bekas jurulatih Perak FC II dan pemain kebangsaan itu bagi menggantikan pengendali sebelum ini, Nazrulerwan Makmor.

    “Syamsul dipilih membimbing KUFC musim ini kerana beliau mempunyai pengalaman dengan suasana bola sepak negara, malah pernah membimbing pasukan Perlis dan Perak untuk saingan Liga-M.

    “Kehadiran beliau diharapkan mampu memberi perubahan kepada corak permainan pasukan untuk memberikan saingan sengit kepada pasukan lain yang beraksi dalam Liga-M khususnya Liga Perdana,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

    Wan Mohd Zul berkata pihaknya turut melantik bekas pemain Kelantan, Khairan Eroza Razali sebagai penolong jurulatih bagi memperkasa pasukan itu. 

    “Jurulatih muda berusia 42 tahun ini mempunyai pengalaman luas dalam saingan Liga-M kerana pernah mewakili beberapa pasukan seperti Kelantan, Pahang dan Pulau Pinang antara 2001 sehingga 2013.

    “Gabungan dua orang jurulatih ini diharapkan dapat memberi impak kepada taktikal pasukan sekali gus mencapai sasaran untuk berada dalam kedudukan lima pasukan terbaik saingan Liga Perdana musim ini,” katanya. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...