Saturday, April 27, 2024
31.4 C
Brunei

    -

    SPSS sertai taklimat keselamatan kebakaran

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 15 MAC – Seramai 28 orang rekrut Setia Protective Security Services (SPSS) baru-baru ini mengikuti taklimat keselamatan kebakaran di Bahagian Perhubungan Awam, Cawangan Operasi F, Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBP).

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan, taklimat tersebut bertujuan untuk memberikan tunjuk ajar tatacara mengendalikan alat-alat pemadam api dengan betul selain untuk menerapkan kesiapsiagaan rekrut dalam menjalankan tugas selepas menamatkan latihan.

    Di samping itu taklimat yang dikendalikan juga untuk meningkatkan kesedaran mengenai bahaya kebakaran seterusnya memupuk rasa tanggungjawab dan mengambil berat mengenai aspek ke-selamatan kebakaran.

    Oleh itu, sebagai salah satu agensi keselamatan di Negara Brunei Darussalam Latihan Kebakaran dan Pengosongan Bangunan akan dibuat sekurang-kurangnya dua kali setahun bagi memastikan keselamatan awam.

    Ia juga salah satu aktiviti bagi pihak SPSS untuk mengesahkan keberkesanan prosedur yang efektif dan bersistematik bagi membolehkan interaksi, kerjasama dan menguatkan perhubungan di antara JBP dan pihak syarikat SPSS.

    Antara rekrut SPPS melakukan latihan memadam api. – Gambar Serahan JBP

     

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Coca-Cola penyumbang terbesar pencemaran plastik dunia

    CANBERRA, 26 APRIL - Lebih separuh daripada pencemaran plastik berjenama yang ditemui dalam alam sekitar di seluruh dunia datang daripada 56 syarikat, menurut dapatan...