Friday, April 26, 2024
29.2 C
Brunei

    -

    Nuggets tundukkan Bucks

    LOS ANGELES, 26 MAC – Nikola Jokic dan pasukannya, Denver Nuggets, membuat kenyataan semalam apabila mereka menundukkan Giannis Antetokounmpo dan Milwaukee Bucks dengan keputusan 129-106 dalam pertarungan pemimpin konferens NBA.

    Dalam permainan yang dianggap sebagai previu NBA Final, pemenang dua kali MVP dan juara bertahan NBA, Jokic mencatat 31 mata, menyumbang 11 assist dan enam rebound, manakala Nuggets menewaskan juara Eastern Cenference, Milwaukee kepada 40 mata pada separuh masa kedua dengan persembahan pertahanan dominan yang dikatakan kurang menyerlah musim ini.

    Jamal Murray, yang berjaya membuat lima lontaran tiga mata dan mencatat 26 mata untuk Denver, berkata, semuanya bermula dari pertahanan, bukan hanya pada suku ketiga di mana Nuggets menang dengan keputusan 34-19.

    “Saya fikir kita mempunyai pertahanan yang hebat sepanjang permainan,” kata Murray.

    “Kita mempunyai permulaan yang baik, walaupun mereka melancarkan serangan, saya fikir kami konsisten sepanjang permainan dengan pertahanan kami dan kami menemui beberapa mata transisi,” tambahnya.

    Antetokounmpo, yang memenangi anugerah MVP selama dua tahun berturut-turut sebelum Jokic, menyumbang 31 mata, tetapi hanya tujuh pada separuh masa kedua.

    Dia merupakan pemain kuat di dalam kawasan berdekatan jaring sebelum rehat, dengan lima dunk, meskipun dunk yang menggegarkan Ball Arena adalah lontaran slam veteran Nuggets berusia 36 tahun, Jeff Green, ke atas Antetokounpo pada permulaan suku keempat.

    Kekecewaan Bucks jelas kelihatan ketika Nuggets semakin ketinggalan pada suku ketiga, dengan Bobby Portis dan Brook Lopez kedua-duanya menerima faul perlanggaran teknikal.
    – AFP

    Nikola Jokic (kanan) semasa separuh masa pertama perlawanan bola keranjang NBA di Denver, semalam. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...