Saturday, April 27, 2024
24.1 C
Brunei

    -

    Nur Dhabitah tekad bukti dirinya berbaloi

    KUALA LUMPUR, 19 APRIL – Sukan SEA Hanoi di Vietnam pada Mei ini menjadi medan terbaik bagi penerjun wanita Malaysia yang memiliki senyuman menawan, Nur Dhabitah Sabri untuk sekali lagi membuktikan keupayaannya dalam acara platform.

    Nur Dhabitah menyifatkan Sukan SEA sebagai pentas mengukur sejauh mana tahap kemajuan yang dicapai selepas beliau mula memberikan tumpuan terhadap acara platform sebaik berakhir temasya Sukan Olimpik Tokyo 2020 pada Ogos tahun lepas.

    Malah, peluang bergandi-ngan semula dengan ratu terjun Malaysia, Datuk Pandelela Rinong Pamg dalam acara 10 meter (m) platform seirama wanita di Hanoi membakar lagi semangatnya untuk mempamerkan terjunan terbaik pada temasya dwitahunan itu yang bermula 12 hingga 23 Mei ini.

    “Setelah sekian lama tidak beraksi dalam acara seirama bersama (Pandelela), saya sangat teruja sebenarnya dan mahu berikan yang terbaik dalam latihan untuk tingkatkan kemahiran dalam acara platform dan buktikan kepada diri saya sendiri yang saya semakin bagus dalam acara itu.

    “Harapan saya terhadap gandingan ini (bersama Pandelela) ialah untuk terus kerja keras bersama, mempunyai komunikasi yang baik dan seronok dalam pertandingan,” kata pemenang pingat emas 3m papan anjal seirama campuran Kejohanan Terjun Piala Asia 2019 itu ketika dihubungi Bernama.

     Gandingan Pandelela dan Nur Dhabitah dalam acara 10m platform seirama bukanlah sesuatu yang baharu kerana sebelum ini mereka pernah memenangi pingat gangsa pada Sukan Komanwel Glasgow 2014 dan pingat perak pada Siri Terjun Dunia FINA keempat di Windsor, Kanada pada 2017. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...