Friday, May 3, 2024
30.3 C
Brunei

    -

    Ops Sepadu: 20 kenderaan didapati terbiar

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 1 NOV – Sebanyak 20 buah kenderaan didapati terbiar di kawasan-kawasan letak kereta awam dan di tepi jalan raya tanpa kebenaran yang sah semasa Operasi Bersepadu Bersih, baru-baru ini.

    Empat daripada kenderaan berkenaan telah diangkat dan dipindahkan ke tapak pelupusan melalui Jawatankuasa Abandoned Vehicles Nationwide Clean-Up Project (AVNP), manakala 16 buah kenderaan lagi telah dipindahkan sendiri oleh pihak yang bertanggungjawab ke atas kenderaan-kenderaan berkenaan.

    Tindakan dan dapatan itu merupakan hasil daripada Operasi Bersepadu Bersih iaitu Operasi Bersepadu Bersih AVNP 21/2023, yang telah dilaksanakan oleh Bahagian Penguatkuasaan Undang-Undang, Jabatan Bandaran Bandar Seri Begawan (JBBSB) bersama Jabatan Pengangkutan Darat (JPD) yang bermula dari kawasan letak kereta Bangunan Kampung Telanai, kawasan letak kereta Bangunan Komersial Kampung Tungku Link, tepi jalan raya Kampung Burong Pingau dan Kampung Sungai Akar.

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh JBBSB, di sini, operasi bersepadu pada 21 Oktober lalu itu bermatlamat untuk memastikan pematuhan Akta Kesalahan-kesalahan Rampaian, Penggal 30, Pindaan 2021.

    JBBSB mengingatkan bahawa di bawah Bab 12(1) Penggal 30 Perintah Akta Kesalahan-kesalahan Rampaian Pindaan 2021, mana-mana kenderaan terbiar di tempat awam boleh dikenakan denda sehingga $1,000 bagi mana-mana individu dan $2,000 bagi mana-mana badan atau pun syarikat bagi sebuah kenderaan.

    Sehubungan itu, jabatan berkenaan mengingatkan mana-mana individu, orang awam atau badan syarikat terutama sekali bengkel-bengkel membaik pulih kenderaan untuk sentiasa mematuhi akan peraturan dan undang-undang yang ada di negara ini serta sentiasa menjaga kebersihan dan mengamalkan sifat bertanggungjawab terhadap kebersihan alam sekitar dan demi kemaslahatan orang ramai dan jika didapati, JBBSB tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan penguatkuasaan.

    Pada masa yang sama, jabatan berkenaan mengalu-alukan orang ramai yang mempunyai sebarang aduan dan perkongsian maklumat yang berkaitan boleh menyalurkannya terus ke talian e-Darussalam 123, e-mel kepada Info@123.gov.bn, laman sesawang www.123.gov.bn, WhatsApp di talian 8333123, hotline Bahagian Penguatkuasaan Undang-Undang di talian 7291122.

    Salah sebuah kereta telah dialih semasa operasi tersebut. – Gambar serahan BPU JBBSB
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Lebih 57,000 ayam ditakai di Jepun akibat wabak selesema burung

    TOKYO, 2 MEI - Lebih daripada 57,000 ayam ditakai di Wilayah Chiba Jepun berikutan penularan virus avian influenza, yang merupakan wabak ke-11 musim ini,...