Friday, April 26, 2024
24.7 C
Brunei

    -

    Orang ramai banjiri terminal feri Labuan

    LABUAN, 6 MEI – Terminal feri di Labuan sesak apabila orang ramai mula pulang ke pulau bebas cukai ini selepas hampir seminggu bercuti sempena Hari Raya Aidilfitri.

    Menurut Jabatan Laut Labuan lebih 18,000 penumpang serta 4,000 kenderaan meninggalkan Labuan untuk ke Sabah melalui terminal feri bermula 25 April hingga 2 Mei lepas. 

    Pengerusi Labuan Mainland Link Sdn Bhd Datuk Chin Hon Vui berkata kesesakan itu telah dijangka dan mampu ditangani.

    “Sebagai pengusaha feri yang telah bertahun-tahun beroperasi, kami mempunyai pengalaman menguruskan kebanjiran penumpang, malah sebelum pandemik COVID-19,” katanya kepada Bernama hari ini.

    Hon Vui berkata susulan tambahan perjalanan, kru feri dan petugas di kaunter tiket di kedua-dua terminal Labuan dan Menumbok perlu bekerja sepanjang masa. – Bernama

    Keadaan di terminal bot laju, Terminal Feri Antarabangsa Labuan dipenuhi warga pulau Labuan yang ingin pulang ke kampung halaman dengan menggunakan pengangkutan bot laju ke Menumbok dan Sipitang, Sabah dan ke Limbang dan Lawas, Sarawak sempena Aidilfitri pada 1 Mei lalu. – Bernama
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...