Friday, April 26, 2024
29.2 C
Brunei

    -

    Pakar iktiraf suntikan vaksin COVID Novavax

    WASHINGTON, 8 JUN – Panel pakar yang bermesyuarat bersama pengawal selia ubat Amerika Syarikat (AS) kelmarin telah mengiktiraf suntikan COVID Novavax, sejenis vaksin yang dihasilkan kemudian untuk memerangi virus.

    Tiga vaksin pada masa ini telah diluluskan di AS iaitu Pfizer dan Moderna, yang berasaskan RNA messenger (mRNA) serta Johnson & Johnson, yang baru-baru ini menerima pengiktirafan untuk digunakan secara meluas terutama sekali dalam permasalahan pembekuan darah yang serius.

    Pakar mengundi sebanyak 21 undian bagi menyokong vaksin Novavax, tanpa satu pun menentang dan hanya satu tidak mengundi, walaupun terdapat kebimbangan kesannya mungkin dikaitkan dengan kes radang jantung yang jarang berlaku.

    Pentadbiran Makanan dan Ubat-ubatan AS, yang mengadakan mesyuarat tersebut, dijangka mengeluarkan kebenaran penggunaan kecemasan tidak lama lagi.

    Selepas itu diikuti dengan agensi lain, Pusat Pengawalan dan Pencegahan Penyakit, akan mempertimbangkan dengan panduan tentang cara ia sepatutnya digunakan dengan sebaiknya.

    Novavax yang berpangkalan di Maryland merupakan peneraju pertama dalam menghasilkan vaksin global, tetapi ketinggalan selepas dilanda kelewatan pembuatan dan peraturan.

    Sementara itu, AS ialah salah satu daripada beberapa pasaran utama yang masih belum menerima kebenaran. Manakala EU, UK, Kanada dan Australia adalah antara banyak yang telah memberikannya lampu hijau.

    Pegawai berharap Novavax, yang mengandungi protein virus yang dicipta di makmal itu dapat memberikan alternatif kepada orang yang masih ragu-ragu dengan teknologi mRNA. Di samping itu, ia juga tidak mempunyai keperluan untuk disimpan di tempat sejuk sepertimana suntikan Pfizer dan Moderna. – AFP

    Novavax telah diiktiraf oleh pakar dan pengawal selia ubat-ubatan AS selepas mengadakan mesyuarat, baru-baru ini. – Agensi
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...