Friday, April 26, 2024
24.7 C
Brunei

    -

    Penalti Kane selamatkan England

    MUNICH, JERMAN, 8 JUN – Kapten England, Harry Kane menjaringkan gol antarabangsa ke-50 dengan menyempurnakan sepakan penalti pada lewat perlawanan Liga Negara-negara di Munich, kelmarin.

    Jerman memecahkan kebuntuan apabila Jonas Hofmann merembat masuk gol di Arena Allianz, tetapi Kane berjaya menyamakan kedudukan ketika perlawanan berbaki dua minit.

    Sementara itu, Nico Schlotterbeck melakukan kekasaran terhadap Kane yang memberikannya peluang melakukan sepakan penalti selepas disemak VAR.

    Penyerang Tottenham itu kini menduduki tempat kedua, tiga gol ketinggalan kepada Wayne Rooney dalam senarai penjaring terbanyak England sepanjang zaman melepasi jumlah 49 gol Bobby Charlton.

    Sementara itu, pasukan Gareth Southgate kekal di tangga tercorot dalam Kumpulan A3 selepas tewas 1-0 kepada Hungary di Budapest, Sabtu lalu.

    Aksi Harry Kane menjaringkan gol penalti untuk menyelamatkan pasukannya dengan gol penyamaan dalam perlawanan Liga Negara-Negara UEFA antara Jerman dan England di Munich. – AFP

    Jerman, yang akan bertandang ke Hungary Sabtu ini, mendahului satu mata di atas mereka di tangga ketiga dengan jurulatih Jerman, Hansi Flick melanjutkan kempen kemenangan tanpa kalah kepada 11 perlawanan, sejak September lalu.

    Pasukan tersebut juga menyarung jersi skuad wanita kebangsaan mereka sebagai tanda sokongan menjelang Euro wanita bulan depan, dua kali membolosi England di babak pertama tetapi jaringan Thomas Mueller dan Hofman tidak dikira kerana di luar permainan serta ofsaid.

    Thomas Mueller melambungkan bola melepasi penjaga gol England, Jordan Pickford tetapi wisel penamat ditiup selepas Kalvin Phillips mengalami kecederaan, pemain yang menggantikan Jude Bellingham.

    Manuel Neuer, yang tampil sebagai kapten Jerman sebanyak 54 kali telah menggantikan penjaga gol, Philipp Lahm, berjaya melakukan penyelamatan untuk menafikan jaringan Bukayo Saka.

    England mengalami kesukaran untuk menjaringkan gol, terutama sekali pada separuh masa pertama ketika Kane dihalang oleh pertahanan Jerman.

    Selepas berdepan dengan tekanan, Jerman akhirnya berjaya menjaringkan gol pada separuh masa kedua.

    Joshua Kimmich memecahkan pertahanan dengan hantaran kepada Hofmann, yang kemudian merembat masuk tetapi dihalang menerusi penyelamatan Pickford. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...