Wednesday, May 8, 2024
25.4 C
Brunei

    -

    Pamer model terkini di jerayawara

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 4 NOV – Orang ramai berpeluang menyaksikan barisan model terkini Nissan semasa jerayawara anjuran Nissan Brunei yang berlangsung selama tiga hari bermula hari ini di Rimba Point.

    Antara model yang diketengahkan termasuk Nissan Magnite (CVT), Nissan Almera Turbo dan Nissan Terra 2WD (transmisi auto). Menurut Nissan Brunei, pelanggan yang mendaftar nama mereka semasa pameran itu berpeluang memenangi Nintendo Switch OLED.

    Di samping itu, Nissan Brunei juga memberikan hadiah kepada pelanggan yang berjaya mendaftar, berupa baucar penginapan satu malam di The Empire Brunei sempena musim cuti persekolahan dan berpeluang memenangi pakej keluarga ke Taman Permainan Jerudong untuk dua orang dewasa dan dua orang kanak-kanak. Sebagai tambahan, pelanggan yang berjaya membeli mana-mana model Nissan semasa pameran juga berpeluang memenangi pakej percutian ke luar negara menerusi cabutan bertuah.

    Hadiah utama berupa pakej percutian lima hari dan empat malam ke Disneyland Tokyo, manakala itu, hadiah kedua berupa pakej percutian empat hari tiga malam ke Universal Studio, Singapura dan hadiah ketiga ialah pakej percutian empat hari dan tiga malam ke Sunway Lagoon, Malaysia.

    Pengurus Pemasaran Nissan, Han Ming Kwang dipetik berkata, tahun ini Nissan Brunei ingin memberi peluang kepada pelanggan untuk memulakan perjalanan yang menarik bukan sahaja dengan kereta baharu malah ke destinasi baharu di luar negara.

    “Nissan mempunyai pelbagai jenis kereta yang sesuai untuk pengembaraan keluarga, padat dengan teknologi dan keselesaan perjalanan,” ujar beliau sambil menambah, mereka ingin menawarkan pengalaman paling menarik dengan Nissan bukan sahaja melalui produk malah promosi dan perkhidmatan mereka. Orang ramai yang ingin mengetahui lebih terperinci mengenai prestasi, reka bentuk dan teknologi kereta Nissan serta mengalaminya secara langsung dialu-alukan untuk melawat ke jerayawara tersebut.

    Antara barisan model terkini Nissan yang ditampilkan semasa jerayawara anjuran Nissan Brunei.
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Pegawai Korea Utara bantu bina dinasti Kim meninggal dunia

    PYONGYANG, 8 MEI - Kim Ki Nam, ketua propaganda Korea Utara yang membantu membina kultus personaliti di sekitar tiga pemimpin dinasti negara itu, telah...