Friday, April 26, 2024
29.2 C
Brunei

    -

    Park Soo Hong dibelasah bapa sendiri

    Geram kerana tidak menghormati keluarga, Park Soo Hong (gambar) dikejarkan ke hospital akibat diserang oleh bapanya sendiri.

    Pelawak dari Korea Selatan itu diserang oleh bapanya ketika menghadiri sesi pemeriksaan balas kerana kes penyelewengan melibatkan abangnya.

    Namun begitu, bapa Park Soo Hong dalam keterangannya berkata dia bertindak sedemikian kerana berasa geram dengan sikap anaknya itu.

    Tambah bapanya lagi, mereka sekeluarga sentiasa menyokong kerjaya Park dan tidak kisah membantunya menguruskan perkara lain di rumah tetapi layanan diterima membuatkannya kesal.

    Ahli keluarga yang lain turut berasa sedih dan terkilan kerana dilayan seperti binatang dan membuat abangnya terlihat seperti pencuri.

    Saksi kejadian berkata bapa pelawak tersebut telah menendang dan menyerangnya sehingga Park cedera.

    Bapanya juga didakwa mengugut untuk menikamnya namun pelawak itu bernasib baik kerana dia tidak mempunyai sebarang senjata ketika itu. – Agensi

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...