Wednesday, May 8, 2024
23.1 C
Brunei

    -

    Pasukan B-17 pulang ke tanah air

    Oleh Fadhil Yunus

    BANDAR SERI BEGAWAN, 11 OKT – Pasukan Bawah 17 tahun (B-17) Negara Brunei Darussalam pulang ke tanah air selepas beraksi di Piala Asia B-17 Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) yang baru berakhir di Tashkent, Uzbekistan.

    Pasukan Brunei telah diundi dalam Kumpulan J bersama tuan rumah Uzbekistan dan Korea Selatan dalam usaha untuk layak ke pusingan akhir tahun depan. Brunei memulakan kempen mereka dengan kekalahan 14-0 kepada Uzbekistan sebelum tewas kepada Korea Selatan 10-0 dalam perlawanan terakhir kumpulan mereka.

    Skuad Brunei yang dianggotai seramai 23 orang diketuai oleh Admirulrizal bin Arbi selaku ketua jurulatih, manakala Pengurus Pasukan, Haji Abdul Razak bin Haji Ibrahim mengetuai rombongan dan dibantu oleh Penolong Pengurus Pasukan, Morni bin Haji Zakaria.

    Ia merupakan penampilan kompetitif pertama mereka pada peringkat benua sejak permulaan pandemik COVID-19.

    Kali terakhir pasukan B-17 mewakili negara adalah pada aksi kelayakan Asia pada September 2019 di Jakarta, Indonesia.

    Ahli-ahli Jawatankuasa Eksekutif Persatuan Bolasepak Brunei Darussalam (FABD), Pengiran Haji Aliudin bin Pengiran Haji Tajudin, Pengiran Haji Mohd Waslimin bin Pengiran Setia Jaya Pengiran Haji Abdul Momin dan Bujang Japar hadir bagi menyambut kepulangan para pemain dan pihak pengurusan setelah tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei. Hadir sama ialah Pengarah Teknikal FABD Paul Christopher Munster.

    Sementara itu, kumpulan kedua pasukan B-17 negara akan tiba di tanahair pada waktu malam.

    Pasukan Bawah 17 tahun Negara Brunei Darussalam bergambar ramai setelah pulang daripada bertanding di Piala Asia B-17 AFC di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei.
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Empat kapal China didakwa masuk perairan larangan

    TAIPEI, 7 MEI - Taipei menggesa Beijing menghentikan tindakan yang membahayakan keselamatan susulan empat kapal pengawal pantai China belayar melalui perairan ‘terlarang’ Taiwan. China yang...