Saturday, April 27, 2024
24.4 C
Brunei

    -

    Melly Goeslaw pernah jadi mangsa diskriminasi

    Penyanyi Melly Goeslaw mendedahkan pernah menjadi mangsa diskriminasi daripada pereka fesyen gara-gara bentuk badannya yang berisi sebelum ini.

    Perkara tersebut berlaku pada satu acara di mana ramai artis lain yang terlibat mendapat baju tajaan namun tidak untuk dirinya.

    Dalam masa yang sama, Melly juga memberitahu ada dua orang pereka fesyen sehingga kini masih belum menyiapkan bajunya selepas hampir dua tahun atas alasan terlupa.

    “Ketika badan saya masih gemuk, ada satu acara televisyen di mana semua artis mendapat baju tajaan kecuali saya.

    “Ada beberapa pereka fesyen yang tidak mahu membuat baju baharu untuk saya.

    “Sehingga kini saya masih ingat ada dua individu yang belum siapkan tempahan baju saya. Sudah dua tahun saya tempah,” katanya seperti yang dipetik oleh Suara.

    Penyanyi lagu Gantung tersebut bagaimanapun tidak pernah menyimpan dendam terhadap mana-mana pihak tersebut kerana percaya pasti akan bertemu dalam lingkungan dunia hiburan.

    Melly sebelum ini mengakui pernah melakukan pembedahan bariatrik pada Julai lalu akibat masalah berat badan yang dialami. – Agensi

    Melly Goeslaw pernah jadi mangsa diskriminasi kerana berbadan gempal, pereka fesyen enggan taja pakaian. – Agensi
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...