Friday, April 26, 2024
29.2 C
Brunei

    -

    Patuhi SOP sambutan Maulidur Rasul

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 5 OKT – Sambutan Maulud Nabi Muhammad SAW Peringkat Negara bagi Tahun 1444 Hijrah akan diadakan pada 8 Oktober ini dengan tumpuan utama di Masjid Omar ‘Ali Saifuddien, di ibu negara dengan tema Bersabar, Berikhtiar, Bertawakal dan Berdoa Menghadapi Ujian: Meraih Syafaat Rasulullah SAW.

    Pengisian acara termasuk persembahan Dikir Marhaban, ceramah khas serta bacaan selawat yang mana majlis sambutan akan diadakan serentak di keempat-empat daerah. Di Daerah Belait, majlis akan diadakan di Masjid Muhammad Jamalul Alam, Kuala Belait; Daerah Tutong di Masjid Hassanal Bolkiah, Pekan Tutong manakala Daerah Temburong di Masjid Utama Mohammad Salleh Pekan Bangar.

    Sehubungan itu, orang ramai dan jemputan yang hadir dinasihatkan untuk mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dengan melakukan ujian pantas antigen (ART) pada hari yang sama sebelum menghadiri majlis serta memuat naik keputusan ke aplikasi BruHealth atau menggambar keputusan ART menggunakan telefon bimbit masing-masing dengan menulis tarikh dan jam.

    Hanya individu yang mendapat keputusan ART negatif sahaja yang dibenarkan masuk dan bagi individu yang mempunyai simptom-simptom seperti demam, panas badan, batuk selesema, masalah pernafasan dan sebagainya dinasihatkan untuk tidak menghadiri majlis.

    Selain itu, digalakkan untuk memakai pelitup muka dan disarankan untuk membawa sejadah sendiri yang berukuran besar.

    Bersempena dengan Sambutan Maulud Nabi Muhammad SAW ini, diseru untuk memperbanyakkan selawat dan salam ke atas Baginda Rasulullah dan mudah-mudahan kita semua mendapat rahmat dan syafaatnya.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...