Friday, April 26, 2024
33.6 C
Brunei

    -

    Ratu Muzik Country mati dalam tidur

    Penyanyi legenda jolokan Ratu Muzik Country, Loretta Lynn meninggal dunia di kediamannya di Tennessee, Amerika Syarikat (AS) pada usia 90 tahun, semalam.

    Berita pemergiannya disahkan oleh ahli keluarga menerusi kenyataan kepada media tempatan.

    “Ibu kami, Loretta Lynn meninggal dunia dengan tenang pada pagi 4 Oktober. Meninggal dunia dalam tidur di kediamannya di Hurricane Mills,” katanya.

    Berikutan itu, keluarga memohon privasi ketika berhadapan dengan pemergian orang yang tersayang itu.

    Mengikut laporan AFP, Lynn yang juga penyanyi dan penulis lirik tidak mempunyai pendidikan formal dalam bidang muzik dan menghabiskan berjam-jam setiap hari menyanyikan lagu untuk menidurkan anak-anaknya.

    Lynn menjadi penyanyi ‘country’ wanita pertama mencatat lagu hit nombor satu dalam carta di Amerika Syarikat pada 1966. – Agensi

    Beliau mampu menghasilkan lirik lagu dalam masa beberapa minit dan menulis hanya apa yang dia tahu.

    Lynn menjalani sebahagian besar kehidupannya dalam kemiskinan. Beliau adalah anak sulung perempuan dalam keluarga miskin yang mempunyai lapan anak.

    Kisah zaman kanak-kanaknya diabadikan dalam lagu ikonik Coal Miner’s Daughter yang juga antara lagu terbaik sepanjang zaman.

    Pada usia 15 tahun, Lynn berkahwin dengan Oliver Vanetta Lynn dan mempertahankan perkahwinannya hampir 50 tahun sehingga kematian suami pada 1996.

    Lynn popular dengan lagu seperti Don’t Come Home A’ Drinkin (With Lovin’ On Your Mind) dan You Ain’t Woman Enough (To Take My Man).

    Lagu itu melonjak dalam carta pada 1966, sekali gus mengangkatnya sebagai penyanyi ‘country’ wanita pertama mencatat lagu hit nombor satu dalam carta.

    Kebanyakan lirik lagu dihasilkan berkisarkan sejarah keluarga, penganiayaan suami dan rasa simpati terhadap wanita, isteri dan ibu di mana-mana.

    “Saya bukan wanita pertama dalam muzik ‘country’. Saya adalah orang pertama berdiri dan mengatakan apa yang saya fikirkan, mengenai apa itu kehidupan,” kata Lynn kepada Esquire pada 2007.

    Lynn mengeluarkan single hit demi single hit, termasuk Dear Uncle Sam pada 1966 yang juga salah satu lagu pertama untuk mendokumentasikan tragedi Perang Vietnam.

    Pada 1988, Lynn dilantik dalam Dewan Kemasyhuran Muzik Country sebagai salah satu legenda paling terkenal.

    Beliau juga memenangi hampir setiap penghormatan seni yang ada termasuklah Pingat Kebebasan Presiden yang juga anugerah awam tertinggi disampaikan oleh Barack Obama pada 2013. – Agensi

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Rundingan AS-China bermula dengan amaran tentang salah faham dan salah perhitungan

    BEIJING, 26 APRIL - Amerika Syarikat dan China bertelagah mengenai beberapa isu dua hala, serantau dan global yang menjadi perbalahan ketika Setiausaha Negara Amerika...