Saturday, April 27, 2024
24.1 C
Brunei

    -

    Paul Farmer meninggal dunia usia 62

    BOSTON, 22 FEB – Paul Farmer, (gambar) seorang pakar perubatan dan antropologi perubatan Amerika yang terkenal dengan kerja inovatifnya dalam menyediakan penjagaan kesihatan kepada negara-negara miskin, meninggal dunia kelmarin pada usia 62 tahun, kata kumpulan Partners in Health.

    Organisasi yang beroperasi di Boston itu berkata dia “meninggal dunia secara tidak dijangka kelmarin dalam tidurnya semasa di Rwanda.”

    Farmer bekerja dalam menyediakan penyelesaian penjagaan kesihatan kepada negara-negara miskin yang menerima pujian yang meluas. Sebuah buku diterbitkan pada 2003 memaparkan profilnya, “Mountains Beyond Mountains,” menggelarnya “lelaki yang akan menyembuhkan dunia.”

    Samantha Power, bekas duta AS ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), menerusi laman Twitternya berkata Farmer adalah orang penting dalam bidangnya.

    “Berita yang menyedihkan,” tulisnya. “Paul Farmer memberikan segala-galanya kepada orang lain. Dia melihat perkara yang teruk, namun melakukan semua yang dia mampu untuk melahirkan yang terbaik dalam setiap orang yang ditemuinya,” tambahnya.

    Pakar pulmonologi dan penganalisis perubatan, Dr Vin Gupta menciap di Twitternya, “sukar untuk memperkatakan impak Dr Paul Farmer dalam bidang perubatan.”

    Manakala, pelakon Edward Norton, seorang aktivis sosial dan alam sekitar, menggelar Farmer sebagai “salah seorang yang paling penyayang, kelakar, pemurah dan memberi inspirasi kepada manusia dengan jiwanya dalam hidup kita.”

    Farmer bekerja di Haiti pada tahun 1987 dan pengasas bersama Partners in Health untuk membantu merangka dan menyampaikan penjagaan kesihatan yang lebih baik di negara miskin dan kurang mendapatkan per-khidmatan. – AP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    6 maut dalam kebakaran restoran, hotel

    PATNA, 26 APRIL — Kebakaran besar yang melanda sebuah restoran dan hotel di timur India kelmarin membunuh sekurang-kurangnya enam orang dan mencederakan 20 orang,...