Friday, April 26, 2024
25.5 C
Brunei

    -

    PBMP, GISEA anjur bengkel OPRC

    Oleh Syahmi Hassan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 18 MEI – Dalam usaha bersiap siaga dan bertindak balas terhadap kemungkinan kejadian tumpahan minyak, Pihak Berkuasa Maritim dan Pelabuhan Brunei (PBMP) telah menganjurkan Bengkel Persediaan, Respons dan Kerjasama Pencemaran Minyak Kebangsaan (OPRC) di Hotel Centrepoint, Gadong bermula 16 Mei sehingga hari ini.

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan hari ini, bengkel dengan kerjasama Projek Inisiatif Global untuk Asia Tenggara (GISEA) merupakan inisiatif di bawah Pertubuhan Maritim Antarabangsa (IMO) yang telah menghimpunkan peserta titik fokal kebangsaan dari agensi swasta dan kerajaan dalam sesi perbincangan mengenai ROSCP, mobilisasi dan penghantaran pulang orang, peralatan dan sumber material dalam penawaran dan penerimaan bantuan bersama.

    Bengkel dihadiri oleh para pakar pencemaran marin dari ASEAN dan United Kingdom.

    Timbalan Ketua Eksekutif PBMP, Awang Mohammed Bahreen bin Dato Haji Hamzah dalam ucapannya menyatakan bengkel itu bertujuan untuk melindungi alam sekitar marin dan pantai dengan memastikan PBMP dan agensi lain merancang dan menyelaras maklum balas bersepadu, melalui pembangunan dan pengemaskinian strategi pencemaran marin Brunei Darussalam yang sejajar dengan piawaian antarabangsa dan amalan terbaik industri.

    Bengkel dihasratkan dapat meningkatkan kesedaran tentang aspek utama Konvensyen OPRC; menyediakan rangka kerja global untuk kerjasama antarabangsa apabila bertindak balas terhadap insiden besar atau ancaman pencemaran marin.

    Selain itu, ia juga bertujuan mewujudkan sistem kebangsaan untuk kesediaan dan tindak balas tumpahan minyak, dengan tumpuan pada pembangunan kapasiti yang mampan dan pembiayaan program; menjalin bantuan serantau (MoU ASEAN dan ROSCP); dan menyokong pembangunan pelan hala tuju untuk pengesahan dan pelaksanaan konvensyen OPRC.

    Awang Mohammed Bahreen semasa menyerahkan sijil penyertaan bengkel OPRC kepada salah seorang peserta.
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...