Tuesday, May 7, 2024
30.6 C
Brunei

    -

    Pekerja kedai berjaya kawal kebakaran

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 30 SEPT – Seorang pekerja kedai berjaya mengawal kebakaran daripada merebak dalam kejadian yang berlaku di sebuah kedai di Kampung Batu Apoi, Temburong, pagi kelmarin.

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBP), di sini, enam orang anggota serta sebuah jentera dari Balai Bomba Bangar yang diketuai oleh ASO Muslim bin Nayan telah dikejarkan ke tempat kejadian pada pukul 7:22 pagi.

    Apabila tiba di lokasi, anggota bomba mendapati api telah dikawal oleh pekerja terbabit menggunakan dua alat pemadam api.

    Anggota bomba menjalankan penyiasatan dan menggunakan snap tank serta satu alat pemadam api untuk memadamkan bara api. Hadir di tempat kejadian ialah Pegawai Pemerintah Operasi G, SSFR Haji Afiq bin Haji Julah.

    Turut berada di tempat kejadian ialah keanggotaan Balai Polis Bangar dan Jabatan Perkhidmatan Elektrik (JPE).

    JBP menyatakan bahawa tidak ada sebarang kemalangan jiwa berlaku dalam kejadian berkenaan dengan punca serta kerugian masih dalam siasatan.

    Sehubungan itu, JBP sekali lagi menyarankan orang ramai untuk memastikan kediaman mereka dilengkapi dengan peralatan keselamatan iaitu alat pemadam api ringkas jenis debu kering 2 kilogram dan selimut api serta memastikan menutup mana-mana suis peralatan elektrik selepas digunakan atau sebelum meninggalkan rumah.

    Mereka juga disarankan untuk jangan sesekali meninggalkan masakan di dapur tanpa diawasi dan jika terdapat kebocoran pada gas supaya memastikan untuk membuka jendela dan pintu bagi pengudaraan serta untuk memastikan penyelenggaraan wayar elektrik dikendalikan oleh syarikat yang bertauliah mengikut piawaian yang dikeluarkan oleh JPE.

    Anggota bomba semasa menjalankan penyiasatan dan memadam bara api di dalam kedai itu. – Gambar serahan JBP

     

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    India mengundi dalam fasa ketiga pilihan raya negara

    NEW DELHI, 7 MEI - Berjuta-juta pengundi India di 93 kawasan mengundi pada hari ini ketika Perdana Menteri India, Narendra Modi telah melancarkan kempen...