Thursday, May 9, 2024
24.2 C
Brunei

    -

    Pelatih teroka peluang pekerjaan

    Oleh Salawati Haji Yahya

    TEMBURONG, 27 OKT – Pelatih-pelatih Program iSkill kohort 1 telah menjalani Program Jati Diri pada Hari Kerjaya baru-baru ini di Kem Latihan Program Khidmat Bakti Negara (PKBN), Batu Apoi, Temburong.

    Acara bermula dengan ucapan alu-aluan daripada Setiausaha Tetap (Wawasan) di Jabatan Perdana Menteri, Pengiran Hajah Siti Nirmala binti Pengiran Haji Mohammad, selaku tetamu kehormat majlis.

    Dalam ucapannya, beliau menjelaskan bahawa dalam merealisasikan Wawasan Brunei 2035, ia bukanlah tanggungjawab kerajaan sahaja tetapi memerlukan kerjasama dan tanggungjawab daripada pelbagai pihak dalam memainkan peranan masing-masing.

    Di samping itu, beliau turut menjelaskan bahawa saranan daripada pihak industri telah diambil kira di mana selain kemahiran teknikal, ciri-ciri keperibadian seperti integriti, disiplin, berdaya tahan dan komited dalam menjalankan pekerjaan adalah antara nilai-nilai yang diperlukan semasa memasuki alam pekerjaan nanti.

    Acara bertujuan menyediakan platform kepada pelatih-pelatih iSkill kohort 1 dalam bidang marker-fitting, rigging, scaffolding dan welding untuk meneroka peluang-peluang pekerjaan yang sedia ada sebelum mereka menamatkan program mereka nanti.

    Pelatih-pelatih tersebut sedang menjalani Program Jati Diri di PKBN selama 90 hari bagi meningkatkan, memupuk serta mengukuhkan integriti, disiplin, tanggungjawab, kerohanian dan mengubah minda pelatih-pelatih.

    Pada acara tersebut, sebanyak 10 buah syarikat daripada sektor minyak dan gas dan maritim telah ikut serta dan menawarkan lebih daripada 200 jawatan kosong.

    Pelatih berpeluang berjumpa secara langsung dengan pelbagai syarikat untuk mengetahui lebih lanjut tentang jawatan-jawatan yang ditawarkan dan seterusnya menghadiri temu duga terbuka.

    Pengiran Hajah Siti Nirmala semasa menyampaikan ucapan pada majlis tersebut.
    Antara peserta yang hadir pada Hari Kerjaya di Kem Latihan Program Khidmat Bakti Negara, Batu Apoi, Temburong, baru-baru ini.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Albanese tolak hujah China dakwa Australia bersalah

    MELBOURNE, 8 MEI - Perdana Menteri Australia Anthony Albanese hari ini menolak hujah China bahawa Australia bertanggungjawab atas pertemuan berbahaya pada hujung minggu antara...