Friday, April 26, 2024
29.2 C
Brunei

    -

    Pembayaran pencen turunan, perkhidmatan bermula 24 Feb

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 21 FEB – Kementerian Kewangan dan Ekonomi akan melaksanakan pembayaran Pencen Perkhidmatan dan Pencen Turunan bagi Februari 2022 secara pandu lalu pada 24 Februari.

    Pembayaran pencen bagi Daerah Brunei dan Muara akan dibuat di Pusat Persidangan Antarabangsa, bagi Daerah Tutong di tempat letak kereta Kompleks Sukan Tutong dan bagi Daerah Belait di kawasan penurunan pejabat, Cawangan Jabatan Perbendaharaan, Bangunan Baharu Pejabat Kerajaan, Kuala Belait.

    Sementara itu, pembayaran melalui kaunter akan dibuat pada 26 Februari di mana bagi Daerah Brunei dan Muara, pembayaran akan dibuat di Kaunter Bahagian Pembayaran dan Kutipan Hasil, Tingkat 2, Island Block, Jabatan Perbendaharaan, bagi Daerah Tutong di Kaunter Cawangan Jabatan Perbendaharaan, Daerah Tutong dan bagi Daerah Belait di Kaunter Cawangan Jabatan Perbendaharaan, Tingkat Bawah, Bangunan Baru Pejabat Kerajaan, Kuala Belait.

    Sehubungan dengan itu, pembayaran pencen akan bermula pada pukul 7:30 pagi hingga 3:30 petang pada tarikh-tarikh berkenaan.

    Kementerian Kewangan dan Ekonomi mengingatkan para penerima untuk membawa kad pengenalan asal, hanya kod BruHealth hijau atau kuning dibenarkan dan sentiasa memakai pelitup muka.

    Sementara bagi mereka yang berwakil, dinasihatkan bagi borang surat wakil yang lengkap, kad pengenalan asal yang berwakilkan dan kad pengenalan asal yang diwakilkan.

    Bagi mereka yang mempunyai sebarang pertanyaan atas tatacara pembayaran yang dimaksudkan, mereka boleh menghubungi talian-talian yang telah disediakan iaitu 2380822 atau 2383469.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...